Categories: HiburanSelebriti

Nurul Izzah Janji Bawa Radiohead Datang Malaysia!

Kepada peminat Radiohead, ini bukan omong kosong ya!

Menerusi laman twitter Ahli Permatang Pauh ini, Nurul Izzah Anwar memberikan harapan buat semua peminat Radiohead untuk menyaksikan kumpulan muzik itu beraksi di Malaysia.

Nurul Izzah dilihat telah diingatkan oleh seorang pengguna laman sosial itu yang bernama @AlepWilcox  menerusi satu temubual dalam majalah tempatan yang dibuat sekitar tahun 2013 lalu.

Dalam kenyataan didalam majalah tersebut, Nurul Izzah telah berjanji akan membawa kumpulan muzik tersebut sekiranya berjaya menawan Putrajaya. 

Dan, reaksi Nurul Izzah mendapat sambutan positif daripada rata-rata netizen yang mengharapkan agar janji tersebut ditunaikan. Dan, bukan itu sahaja, kenyataan tersebut juga turut mendapat reaksi positif daripada pihak penganjur apabila pihak mereka turut membalas tweet tersebut.

Wah! pasti ramai peminat kumpulan muzik tersebut tidak sabar-sabar untuk mendengar berita gembira daripada Nurul Izzah Anwar kan? Diharap semua peminat bersabar dan menantikan kedatangan kumpulan Radiohead ke Malaysia!

Salma Syahbuddin