Nyanyi Di Pusat Karaoke, Netizen Terkejut Kelunakan Suara Lufya – “Tak Sangka Boleh Nyanyi Ingat Pandai Berlakon Je”

Mungkin ramai dalam kalangan peminat generasi kini lebih mengenali Lufya Omar sebagai seorang pelakon.

Mereka yang mengikuti perkembangan karier wanita ini sejak awal kemunculan pula pastinya mengetahui bakat seni Lufya mula dicungkil menerusi program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim ke-6 pada tahun 2008.

Terbaharu, tular sebuah hantaran di media sosial yang memaparkan aksi Lufya menyanyikan lagu berjudul Matahariku di sebuah pusat karaoke.

@kopipanas2uTak sangka Lufya ni boleh menyanyi, ingat pandai berlakon je.♬ original sound – Kopi Panas

Video tersebut telah dikongsikan oleh @kopipanas2u dan telah berjaya mencuri perhatian warganet.

Ada dalam kalangan netizen terkejut dengan kelunakan suara Lufya dan seolah-olah tidak percaya yang pelakon terbabit boleh menyanyi dengan baik.

Selain itu, gelagat anaknya Lanaa Haura yang nyenyak tidur biarpun Lufya menyanyi dengan kuat membuat wargamaya semakin terhibur.

Meninjau ke ruangan komen, warganet berpendapat Lufya mempunyai bakat nyanyian, namun ia kurang dikenali berbanding karier lakonannya.

“Lufya dari AF, mestilah pandai nyanyi.

“Pernah ada satu lagu, ala-ala catchy gitu, zaman dia free hair lah.

“Dia memang penyanyi, cuma kurang menyerlah dalam bidang tu,” komen netizen.

 

Halimey Zamal