Obses Dengan Benda Wangi, Ayda Jebat Sanggup Labur Duit Untuk SASSU

Oleh kerana obses dengan wangian, penyanyi Ayda Jebat mengorak langkah dalam dunia perniagaan dengan menjual produk wangian SASSU, baru-baru ini.

Mengakui penggemar bau wangi, heroin Cinta Bukan Kristal ini bekerjasama dengan adik beradiknya memasarkan beberapa jenis pewangi di bawah jenamanya.

“ Kalau kenalan yang rapat dengan saya, sudah tentu mereka tahu yang saya sukakan bau wangi. Jadi saya ambil langkah untuk mula perniagaan yang dekat dengan diri saya iaitu wangian.

“ Saya percaya semua orang perlu sentiasa tampil kemas dan wangi. Tiada guna kalau muka cantik tapi tak wangi, betul tak,” katanya kepada XTRA.

Terkejut dengan sambutan diterima di Singapura baru-baru ini, Ayda memberitahu produk SASU terjual licin di sana.

“ Saya terkejut apabila tester SASSU pun orang datang nak beli. Alhamdulillah, saya tak sangka dengan sambutan luar biasa di sana.

“ Penjualan SASSU mengikut batch dan boleh dibeli menerusi Online. Saya harap dengan adanya SASU di pasaran, saya dapat membantu pengikut di luar sana tampil lebih yakin,” katanya.

SGMS Faida