“Okay, Enough OAG.. Q Is Me Again,” – Konsert 30 Generasiku Persembahan Terakhir Qi Razali

Pelakon dan pengacara, Qi Razali, 45, mengesahkan tidak akan membuat persembahan bersama band OAG lagi.

Kenyataan tersebut dimuat naik di Twitter rasmi miliknya meraih sokongan ramai peminat yang berterima kasih atas penglibatannya semasa konsert 30 Tahun Generasiku OAG, baru-baru ini.

“Saya telah membuat keputusan, persembahan itu adalah yang terakhir untuk saya,” katanya.

Menerusi ciapan lain, Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali berkata, keputusan yang dilakukan itu adalah untuk kebaikan dirinya.

“Pilihan jalan hidup yang mendorong aku buat keputusan ini. Band tu tetap akan terus wujud , jangan risau.

“So boleh je ganti mana-mana pun. Pilihan aku adalah untuk kebaikan aku. Kalau korang support kerjaya aku ni, support lah langkah aku kali ini,” tambahnya lagi.

Berdasarkan ciapan sebelum ini, Qi memberi penjelasan berhubung mengapa konsert 30 Generasiku OAG lambat kerana mempunyai masalah teknikal.

“Awalnya memang dah kumpul di Concorde. Nak gerak lepas Maghrib. Ada delay sikit. Sampai stadium, masalah video and audio tak sync.

“Cuba selesaikan tapi tak boleh. Ada dua video tak main. Reda. Then takde emcee, itu pengajaran. Radhi perform sampai habis, almost 3 jam. Aku bangga,” tulisnya.

Artikel Berkaitan: ‘Konsert 30 Generasiku’ OAG Selit Elemen Ketuhanan, Radhi Dedah Belum Mahir Baca al-Quran

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Nak Aib Rumah Tangga…” – Radhi OAG Mahu Berdamai Dengan Bekas Isteri

Qi merupakan pemain dram dan anggota asal OAG semenjak band itu ditubuhkan pada awal 1990-an.

Kredit foto: Sadiq Asyraf. Adzlan Sidek

Aqilah Paharuzi