OMG…Anak Lan Solo Kena Hempap Lelaki 90 Kg!

“Berlari tak cukup tanah bila nampak dia kena hempap dengan lelaki berbadan besar tu,” kongsi isteri kepada penyanyi Lan Solo, Sheila Hassim mengenai kisah anak mereka yang dihempap lelaki seberat 90 kilogram.

Menurut Sheila, anaknya Muhammad Akid Qassyaff sedang bermain ice skating di pusat beli belah IOI City Mall, Puchong menangis terjatuh selepas jatuh di lantai.

“Kejadian 6.30 petang tadi di ice skating Ioi City Mall. Akid jatuh sebab tak dapat balance badan (1st time main). Tiba-tiba datang seorang lelaki mat salleh jatuh hempap atas belakang Akid.

“Akid tak boleh bangun langsung. Masa tu KY dah fikir macam-macam dah sebab KY dengan LS kat luar kaca tempat main tu. Memang nampak Akid tak bergerak. Dia menangis je atas ais tu,”  tulisnya di Instagram.

Sementara itu, Sheila bersyukur apabila pihak pengurusan ice skating itu bertindak pantas.

“Alhamdulillah, pihak ice skating tu bertindak pantas dan lelaki tadi jugak nampak sangat risau takut pinggang Akid patah. 

“Dia mengaku dia jatuh atas badan Akid yang berat dia baru 16 kg. Berat lelaki tu dlm 90kg ++. Benda dah nak jadi takkan KY nak mengamuk kat situ pulakan,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia menyarankan agar pusat ice skating berkenaan mengasingkan tempat permainan kanak-kanak dan dewasa agar perkara ini tidak berulang lagi.

“Kalau di masa akan datang, pihak ice skating tu boleh asingkan tempat untuk yang amatur dengan yang dah handal sebab pandai ni suka tunjuk aksi yang diorang boleh laju-laju atas ice tu jadi tak sempat brek.

“Habis terkena orang lain. Sekadar cadangan jela. Apa-apa pun, terima kasih kepada semua yang membantu kami kat IOI City Mall tadi.,” tulisnya.

Lan dan Sheila mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara, Muhammad Akid Qassyaff dan Nur Amna Quxandra.

SGMS Faida