OMG! Best Jadi Vivy, Atau Lagi Best Jadi Nurse Yang Jaga Vivy?

Pastinya kehidupan Usahawan terkenal, dan Ikon Fesyen ini sering menjadi idaman kebanyakan wanita di Malaysia. Mana taknya, walaupun masih muda, beliau sudah mula mengumpul aset yang cukup banyak terutamanya dalam dunia perniagaan sehingga tersenarai dalam  Top 50 Rising Tech Star in Asia.

Dan, baru sahaja menimang cahaya matanya yang ketiga pada 10 Oktober lalu, Vivy sekali lagi membuatkan ramai netizen speechless apabila beliau telah memberikan hadiah berupa goodies bag barangan Fashiovalet dan dUck keluarannya buat para jururawat yang banyak membantu ketika beliau dalam proses melahirkan puterinya yang diberi nama, Sarah Ilham Shah itu.

Gambar yang dimuat naik menerusi akaun instagram miliknya itu telah mendapat 95,832 likes. Dan, rata-rata followers beliau mengucapkan tahniah dan mendoakan agar Vivy akan kembali semula untuk kelahiran bayi seterusnya.
Haa, apa kata korang? Best lagi jadi Vivy Yusof ke atau jadi nurse yang jaga Vivy?
Apapun, semoga Vivy dan Suami dentiasa dimurahkan rezeki. Tak salah berkongsi rezeki dan mengeratkan silaturrahim bukan? Netizen jangan tau nak kecam je okay!
Salma Syahbuddin