Orang Lain Sibuk Banteras Penderaan Haiwan, Aliff Syukri Pula ‘Enjoy’ Tunggang Gajah Ketika Bercuti

Isu haiwan peliharaan atau apa sahaja jenis haiwan yang digunakan untuk tujuan pelancongan dan sebagainya begitu sensitif dikalangan mereka si pencinta haiwan. Begitu juga dengan gambar yang dimuat naik oleh Datuk Aliff Syukri di akaun instagram miliknya baru-baru ini.

Gambar yang dimuat naik itu sekaligus mendapat perhatian followers beliau yang meminta agar usahawan ini tidak mengulangi kesilapannya apabila bercuti ke negara tersebut.

Malah, apa yang menarik perhatian dalam komen yang diberikan followers beliau, adalah komen yang datangnya dari selebriti kita Wardina Safiyyah yang turut melarang tindakan Datuk Aliff menaiki gajah ketika penggambaraan beliau kerana memikirkan sakit yang ditanggung oleh haiwan tersebut.

Wah, pedas jugak teguran Wardina ni eyh?

Dalam masa yang sama, Datuk Aliff juga kelihatannya memohon maaf diatas tindakan beliau yang tidak disengajakan ini.

Apapun, diharap para selebriti kita lebih peka terhadap isu-isu sensitif sebelum memuat naik gambar dilaman sosial masing-masing okay!

Salma Syahbuddin