Hiburan By: Maya Basir June 28, 2023 @ 5:33pm

Osama Yamani Sertai Band Rock Ages, Serius Jadi Gitaris

Penyanyi dan anak kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah iaitu Osama Yamani menceburi bakat sebagai pemain gitar utama dengan menganggotai kumpulan Rock Ages.

Menurut Osama atau nama sebenar Osama Yamani Jamal Ubaidillah, dia sudah bermain gitar sejak kecil namun lebih mengetengahkan bakat menyanyi.

“Sekarang tiba masanya untuk saya menerokai bidang muzik sebagai pemuzik juga. Asyik menyanyi saja sebelum ini, jadi apabila bersama Rock Ages memberi saya peluang duduk di belakang.

“Saya minat main gitar dari kecil tapi secara serius sejak 2014. Inilah masa untuk saya bermain muzik pula. Saya juga sudah memaklumkan pembabitan ini kepada ayah.

“Dia okay saja dan tak halang saya untuk bermain muzik. Pada dia, terpulang kepada saya membuat keputusan dan paling penting jaga nama baik diri dan keluarga,” katanya.

Selaku juara Famili Duo musim kedua tahun lalu bersama adiknya, Zaki Yamani, dia masih akan terus bekerjasama dengan Zaki.

Malah, dia yakin mampu berdiri sendiri membina hala tuju kariernya sebagai penyanyi dan pemuzik pada masa yang sama.

“Saya dan Zaki akan terus bekerjasama sebagai duo. Cuma, pembabitan dengan kumpulan Rock Ages untuk bermain gitar bagi kepuasan diri saya saja. Bagi saya, main muzik dengan band ini adalah kepuasan seseorang.

“Saya seronok main muzik sebab memang hobi saya sejak kecil bermain gitar,” jelasnya memaklumkan keputusan menyertai Rock Ages dibuat tahun ini selepas tertarik dengan ajakan rakan kumpulan.

Selain Osama, Rock Ages dianggotai ahli wanita iaitu Holly sebagai penyanyi, Didi (gitar kedua), Bobo (bass), Kuzen (keyboard) dan Ayen Tommy yang merupakan anak anggota Wings, Black selaku pemain dram.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 May 2023
Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Hiburan Fri, 20 Sep 2019
Featured Thu, 21 Apr 2022
Featured Mon, 27 Mar 2023
Featured Tue, 10 Jan 2023

“Kena Ada Duit Sendiri” – Puteri Sarah Kemukakan Ciri-Ciri Seorang Wanita Hebat

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana memberitahu ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang wanita agar sentiasa cekal menghadapi cabaran hidup. @fethgadget Pesanan untuk semua wanita diluar sana ❤️ #fethgadget #puterisarahliyana ♬ original sound – Feth […]