Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir November 14, 2022 @ 1:09pm

Pakai Kostum Bertanduk Maleficent, Fasha Sandha Kena Hentam Netizen – “Hanya Untuk Suka-Suka”

Pelakon Fasha Sandha dilihat mengadakan acara yang menyerupai konsep perayaan Halloween bersama keluarganya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Fasha menggayakan kostum watak Maleficent dan menyatakan acara tersebut hanyalah untuk bersuka-ria.

“Keluarga saya. Hari kostum dan karakter di ‘Kejirananku bukan kejirananmu’. Bak kata Kak Farah jiran kita, hanya untuk suka-suka,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Selain menggayakan kostum, terdapat juga sesi bergambar dan aktiviti untuk kanak-kanak.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen menghentam tindakan pelakon Rampas Cintaku ini yang dikatakan menyambut perayaan agama lain.

“Halal haram semua dah takda beza dah.

“Kita jangan tunjuk sangat yang kita ni cetek agama. Tak salah sesama Islam saling menegur. Tak sanggup ditanya di akhirat nanti.

“Just for fun yang tak boleh pun di bolehkan. Semoga kita berfikir bahawasanya dunia tempat ibadah untuk dibawa ke alam kekal nanti,” komen netizen.

Malah, ada juga yang mempersoalkan kostum yang digayakan menyerupai sesuatu perkara yang tidak baik.

“Tiada manusia yang Tuhan jadikan ada tanduk. Binatang & iblis yang ada. Faham-faham la. Jangan menyerupai sesuatu yang buruk.

“Pakaian yang menyerupai setan, adakah baik? Adakah melambangkan Islam? Tanye je,” kata netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Jun 2026

“Ingat Mama Papa Lupa…” – Yusoff Menangis Terharu Hari Jadi Diraikan Awal, Shahida Akui Anak Mudah Tersentuh

Yusoff berasa sangat terharu sehingga mengalirkan air mata kerana menyangka keluarganya terlupa hari lahirnya.

Hiburan Sun, 1 Dec 2024

Khairul Aming Dipuji Beri Daging Dendeng Percuma Kepada Mangsa Banjir Di Kelantan

Khairul Aming beri dendeng percuma kepada mangsa banjir

Hiburan Fri, 22 Aug 2025
Trending Hari Ini Tue, 17 Mar 2020
Trending Wed, 19 Dec 2018

Burung Kakak Tua ‘Nakal’, Pesan Makanan

Burung Kakak Tua ‘Nakal’, Pesan Makanan Melalui Peranti Alexa Semasa Tuannya Keluar Rumah

Eat Travel Tue, 25 Sep 2018
Kisah Viral Mon, 30 Oct 2023

Ular Sawa Besar Tumpang Kereta, Netizen Kagum Suami Isteri Tenang Kawal Situasi Tegang

Alaaa… Ular tu baru nak ajak pergi healing😭😭😭

error: Content is protected !!