Pakar Sahkan Haqiem Rusli Alami Kemurungan

Penyanyi Haqiem Rusli disahkan menghidap ‘moderate depression’ oleh pakar psikiatri sebuah pusat perubatan swasta di Wisma Laxton, Kuala Lumpur, hari ini.

Keputusan ini disahkan sendiri oleh pakar selepas hampir satu jam sesi berlangsung.

Memetik laporan Harian Metro, masalah kemurungan yang dihadapi Haqiem berada di peringkat boleh diubati.

“ Buat masa ini, dia perlu bergantung kepada ubat serta beberapa sesi kaunseling bermula minggu depan,” kata wakil FMC Music kepada portal berkenaan

Menerusi laman Instagram Haqiem hari ini, dia turut memohon agar diberi ruang dan privasi untuk rawatan selanjutnya.

“ Saya mohon maaf atas kekhilafan saya,” tulisnya.

Wakil jurucakap itu berkata keadaan kesihatan penyanyi terbabit stabil dan kemurungan dialaminya tidak kritikal.
Buat masa ini, pihak syarikat pengurusan memberi kelonggaran kepada Haqiem untuk berehat.

Pun begitu, ia bergantung kepada penyanyi itu sama ada mahu menerima sebarang tawaran nyanyian atau acara hiburan dalam tempoh terdekat.

Pada sidang media semalam, penyanyi Tergantung Sepi itu memberi penjelasan mengenai situasi dialami sebelum ini di mana dia turut menafikan masalah kemurungan dihadapinya bukan gimik semata-mata.

 

SGMS Faida