Panas! Faye Kusairi Mengamuk Mahu Pertahankan Suami

Sebelum ini Elly Mazlein dilihat telah memuat naik sebuah video mengenai luahan hatinya setelah selesai kes perbicaraan beliau dan bekas suaminya kerana mendakwa Azmi Hatta mahu memenjarakannya.

Dalam video tersebut Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil sebagai kak Lina Pom Pom bagaimanapun memaklumkan bahawa, Mahkamah telah menolak permohonan tersebut. 

Terbaru, pelakon dan juga isteri kepada Azmi Hatta, Faye Kusairi bagaimanapun tampil mempertahankan suaminya itu dengan menjawab tuduhan tersebut melalui ruangan komen instagramnya selepas suaminya itu dihentam pelbagai persoalan.

Menurut Faye, tindakan suaminya membawa kes tersebut ke mahkamah bukanlah mahu memenjarakan Elly Mazlein seperti yang diwar-warkan, tetapi suaminya itu mahu menuntut keadilan apabila Elly sendiri dilihat telah melanggar perintah mahkamah.

Bagi Faye, cukuplah tuduhan tersebut dilemparkan kepada suaminya dan berharap agar netizen di luar sana memeriksa dahulu bukti sebelum mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati.

Terdahulu, Elly telah meluahkan rasa terkilan beliau kerana bekas suaminya itu tidak memberikan nafkah kepada anak perempuan mereka, Putri Sara Sefhia.

Salma Syahbuddin