Panas! Konsert Mentor Otai Jadi Tumpuan

Semalam sahaja 8 protege telah berentap di pentas Mentor Otai buat kali pertama. Setelah hampir seminggu para protege mempelajari lagu tugasan masing-masing dan malam tadi, mereka telah menunjukkan kekuatan vokal mereka bukan sahaja kepada Mentor mereka, tetapi buat para penonton di rumah mahupun di studio.

Persembahan Mentor pada minggu pertama ini, dimulai dengan persembahan duet-medley antara Misha Omar dan Siti Sarah menerusi lagu Dedebu Cinta dan lagu Bersamamu. Manakala, Zarul dan Tam Spider menmbawakan lagu Bukalah Hatimu dan Kasih Latifah. Namun, apa yang menarik mengenai konsert mingguan Mentor Otai pada kali ini ialah, setiap konsert Mentor Otai akan menampilkan persembahan daripada protege yang dipilih melalui ujibakat pilihan.

Mark Adam dan Edry Abd Halim antara Juri Tetap bagi konsert Mentor Otai pada kali ini

Persembahan yang penuh bertenaga daripada Azee dengan lagu Segalanya Pasti berjaya memukau penonton dan juri tetap pada malam tersebut. Bagi Edry Abd Halim, walaupun nyanyian Azee begitu memukau namun, eye contact perlu ada untuk membuat penonton dan mereka yang hadir merasai lagu tersebut.

Azee ketika membawakan lagu Segalanya Pasti pada konsert Mentor Otai minggu pertama

Selain Azee dan Elvira, Alina juga dilihat mampu memberikan cabaran yang hebat kepada peserta-peserta lain. Ini kerana, kekuatan vokal dan persembahan yang bertenaga yang ditunjukkan oleh beliau sekaligus menjadikan Alina, iaitu protege kepada Siti Sarah berjaya menjadi pemenang untuk konsert Mentor Otai pada kali ini.

Alina membawakan lagu Samar Bayangan danberjaya menjadi juara untuk konsert kali ini

Selain itu, antara protege yang dilihat mampu mara ke peringkat seterusnya dalam konsert ini ialah Aj, Alina, Elvira, Azee dan Ayie. Manakala, protege lain seperti Azran, Irwan, dan Lokman masih mampu untuk diperbaiki daripada segi penguasaan vokal dan juga mutu persembahan.

Apapun, konsert Mentor Otai kali dilihat berjaya memukau penonton bukan sahaja menerusi Mentor nya tetapi juga protege-protege yang dianggap mempunyai bakat yang luar biasa dalam bidang seni. Tahniah di ucapkan buat semua!

Kepada anda yang ketinggalan menyaksikan konsert Mentor Otai minggu pertama ini, jangan risau kerana anda boleh saksikan siaran ulangan tersebut hanya di tonton!

Salma Syahbuddin