Hiburan By: SGMS Faida July 26, 2018 @ 4:22am

Patutlah Cantik, Tya Ariffin Kongsi Rahsia!

Tak dinafikan, pelakon Indonesia Tya Ariffin memang cantik orangnya. Di usia 24 tahun dan memiliki seorang anak kecil, badan dan wajah Tya masih persis anak dara.

Rahsianya? Tya merupakan salah seorang pengamal jamu tegar sejak dulu lagi.

“ Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan kesihatan dengan pengambilan jamu. Lebih-lebih lagi ketika dalam proses berpantang, ibu sering mengingatkan saya agar tidak lupa makan jamu,” katanya.

Tya yang ditemui di Majlis Pelancaran Mutyara Jamu di Wow KL turut berkongsi rahsia turun temurun keluarga dalam produk keluaran terbarunya.

“ Selalunya ada stigma yang melihat jamu itu hanya untuk orang tua sahaja.

“ Ada juga yang rasakan jamu hanya amalan bagi wanita selepas bersalin sedangkan khasiat semula jadinya itu bagus untuk semua wanita.

“ Jika kita sendiri sebagai golongan wanita yang tidak menghargai semua itu, siapa lagi yang akan melakukannya,”katanya.

Isteri kepada ahli perniagaan, Asyraf Khalid itu juga mahu mengubah stigma masyarakat bahawa jamu adalah baik untuk semua.

“ Perempuan berusia 16 tahun ke atas boleh mengamalkan produk jamu MuTyara, bukan untuk orang tua saja ya. Bagi wanita berkahwin, minumlah jamu untuk menghargai diri dan orang tersayang. Ia penting untuk penjagaan dalaman,” katanya.

Bercakap tentang bagaimana idea mengeluarkan jamu bermula adalah ketika ibunya, Komariah Mahmud yang berulang alik dari Palembang ke Kuala Lumpur untuk menjaganya.

“ Daripada situlah bermula idea menghasilkan jamu dalam bentuk cecair pekat yang lebih moden dan mudah.

“ Kalau dulu, ramuannya, dicampur, tumbuk, kisar dan sebagainya, sekarang tak perlu lagi. Minum dalam bentuk cecair,” katanya.

Dijual dengan harga sebotol RM 68 dengan kandungan 350 ml, jamu Mutyara memiliki rasa manis dan tak pahit seperti jamu lain.

Lebih menarik, campuran ‘Cranberries’ dan makanan Sunnah seperti Habatus Sauda, kurma, madu dan halba, rasanya membuatkan anda lebih berselera menelan jamu. Siapa tahu anda juga boleh cantik seperti Tya Arifin selepas ini?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 May 2019
Hiburan Thu, 5 Apr 2018
Hiburan Wed, 3 Apr 2019

‘Syok Baring Kat Lantai, Sedar-Sedar Dah Dalam Ambulans’- Azhan Rani Kongsi Pengalaman Cemas Di Set Nur 2

Terima kasih doktor-doktor kat unit kecemasan sana. Walaupun dia kata dia benci Syed Hamadi tapi tetap cucuk jarum dengan penuh hemah kat aku.

Hiburan Fri, 4 May 2018

陈薇薇以身犯险《小心有诈》上演「无间道」

近年来,诈骗案件在全国层出不穷,手段五花八门,令人民防不胜防。本地首创论“骗”节目《小心有诈》由陈薇薇主持,提高公众对各类骗局的意识和警惕。

Selebriti Thu, 30 Nov 2023
Featured Wed, 1 Feb 2023
Hiburan Fri, 9 Feb 2018

PERGI BERAMBUS! – UMIE AIDA

Beliau hanya mahu berkongsi pengalamannya mempunyai pembantu rumah yang bersikap kurang ajar terhadap keluarganya