‘Payung’ Selfie Istimewa, Syafiq Kyle Terharu Terima Dua Juta Pengikut Di Instagram

Pelakon drama Nur 2, Syafiq Kyle meluahkan penghargaan kepada pengikutnya di Instagram yang kini mencecah dua juta.

Menerusi laman Instagramnya, Syafiq meluahkan rasa terharu dan berterima kasih kepada peminat yang sentiasa mengikuti perkembangannya di akaun media sosial tersebut.
 
“Kinda late but, 2 million followers whattt?!! Thanks so much for the never ending support guys, terharu sungguh! ?? #goldenhourselfie,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak menghadiahkan sekeping swafoto khas buat peminat tersayang beserta hashtag #goldenhourselfie.
 
Syafiq telah memuat naik sebanyak 963 posting sejak akaun itu mula dibuka pada November 2015. 

SGMS Faida