Pekin Ibrahim- Mona Allen Kahwin Dalam Majlis Tertutup?

Gambar pelakon terkenal, Pekin Ibrahim dan Mona Allen dalam busana perkahwinan mencuri tumpuan netizen, baru-baru ini.

Dengan dekorasi hiasan serba putih, rata-rata netizen pasti terkejut dengan penyebaran gambar ini.

Awal tahun ini, pasangan ini pernah dilaporkan menjalin hubungan cinta namun kedua-duanya belum bersedia untuk berkongsi tentangnya.

Mona atau nama sebenar Muna Hafiraza sebelum ini pernah memaklumkan hubungannya dengan Pekin hanya sekadar kawan.

 

Beberapa keping gambar di atas diperoleh daripada pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Azshe Azman. Difahamkan, dia merupakan pemilik Syarikat dekorasi majlis, Sheparty.

kalau benar, kami ucapkan Tahniah buat pasangan Pekin Ibrahim dan Mona Allen!

Dalam perkembangan lain, drama lakonan Mona Allen dalam Seribu Rindu kini sedang hangat ditayangkan di Slot Akasia TV3. 

SGMS Faida