Pelakon Eiffel…I’m In Love Saphira Indah Meninggal Dunia

Pelakon jelita Indonesia Saphira Indah meninggal dunia, hari ini.

Allahyarhamah Saphira yang juga merupakan bintang filem Eiffel…Im In Love dan Eiffel…I’m In Love 2 dilaporkan meninggal dunia selepas bertarung dengan masalah penyakit paru-paru.

Menurut suami Saphira, Rico Hidros Daeng Alias memaklumkan isterinya mengalami kesukaran bernafas dan dimasukkan ke hospital Pelabuhan Jakarta sejak lima hari lalu. 

“ Sebelum ini dia tidak pernah berdepan sebarang penyakit memandangkan dia juga konsisten menjalani pemeriksaan kesihatan. 

“ Malah pemakanan juga dijaga. Ternyata ajal datang tanpa dijangka. Orang yang sedang duduk juga boleh pergi begitu sahaja,” katanya kepada portal detikhot.com.

Difahamkan, Saphira juga kini hamil enam bulan. Ketika di hospital, Saphira sukar bernafas sehingga terpaksa menggunakan bantuan mesin oksigen. Al-Fatihah…

 

SGMS Faida