Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi July 3, 2023 @ 2:55pm

Pelanggan Sering Tak Bayar Lepas Makan, Ada Yang Cuba Buat Onar Dekat Restoran Linda Onn? – “Kalau Ada Niat Tak Baik, Jauhkan”

“Kita manusia tidak hilang daripada sifat pelupa, andai kata tidak lupa dan disengajakan, itu memang tidak halal lah”

Demikian respons usahawan dan penyampai radio terkenal, Linda Onn apabila terdapat pelanggan yang didapati tidak membayar selepas menjamu selera di restoran miliknya baru-baru ini.

Biarpun ini bukan kali pertama berlaku, Linda tidak teragak-agak untuk membuat konsep bayar dahulu sebelum makan dan tetap mahu pelanggannya menjamu selera dengan tenang.

“Tapi ada sesetengah pelanggan memang sejenis yang kelam kabut dan sibuk dengan anak-anak, kalau terlupa tidak mengapa, saya halalkan.

“Banyak kali jadi sebenarnya, dan ada yang cadang untuk buat konsep ‘bayar dahulu, makan kemudian’ tetapi ada juga yang tidak suka.

“Saya mahu pelanggan menjamu selera dengan tenang, tapi kalau keadaan memaksa, ikut teknologi masa kini, kami akan ikut juga lah,” kongsinya kepada program hiburan popular TV3, Melodi.

Dalam pada itu, bekas penyampai radio Kool FM itu mengakui ada cubaan untuk membuat onar terhadap perniagaannya namun tetap kekal positif dengan cabaran tersebut.

“Memang ada, saya anggap apa sahaja yang saya lakukan adalah apa yang diaturkan oleh Allah S.W.T.

“Saya buka perniagaan ini dan ini rezeki saya maka inilah rezeki saya.

“Saya dah berniaga dah lama, perkara ini mematangkan saya, jadi saya tepis semua dengan tenang,” ujarnya positif.

Linda juga turut memberi pesanan kepada semua agar tidak lupa untuk membayar makanan kerana itu adalah satu kewajipan.

“Bayar itu satu kewajipan, makan kena bayar.

“Satu benda yang diambil dengan niat mencuri dan sengaja itu jatuh tidak halal.

“Kalau betul ada niat tak baik, jauhkan. Kalau betul terlupa, Insya-Allah halal,” titipnya.

Terdahulu, Linda memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) restoran miliknya yang memaparkan sebuah keluarga meninggalkan premis tersebut tanpa membuat pembayaran selepas menjamu selera.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Feb 2024

Seniwati Sarimah Ahmad Kini Bebas Kanser Usus – “Saya Rasa Sakit Dah Lama Tapi…”

Alhamdulillah, moga Datuk dalam lindungan dan rahmat kasih sayang Allah❤️

Events Sun, 22 Dec 2019

大马人精通多种语言!桐瑶笑称来马开唱像考试

「小邓丽君」的桐瑶重现昔日陨落巨星的多首经典曲目,引领着大马歌迷们一起坠入时空隧道,感受邓丽君在世时的乐坛传奇。

Hiburan Tue, 7 Aug 2018

Tahniah! Shila Amzah Menang Anugerah Di Zhengzhou

Menerusi perkongsian ibunya @mamazie68 di laman Instagram, Shila berjaya membawa pulang dua trofi untuk kategori Most popular South East Asian Artiste dan Hottest International Artiste. Wow!

Hiburan Tue, 17 Mar 2026

Zoey Rahman Cipta Lirik Sendiri, Berduet Dengan Elliza Razak Dalam ‘Kita Dah Raya’

Bukan saja menyanyi, kali ini Zoey Rahman turut tulis lirik untuk Kita Dah Raya, duet bersama Elliza Razak.

Featured Fri, 21 Feb 2025
#LaguXTRA Thu, 30 Mar 2023

#LaguXTRA: Boleh ‘Relate’ Dengan Kehidupan, Lagu Kegemaran Shasha Abedul Sangat Dekat Dihatinya

Duduk sorang-sorang dengar lagu tu memang automatic jatuh air mata

error: Content is protected !!