Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 15, 2024 @ 3:29pm

Seniwati Sarimah Ahmad Kini Bebas Kanser Usus – “Saya Rasa Sakit Dah Lama Tapi…”

Bintang filem lagenda,  Datuk Sarimah Ahmad bersyukur apabila mendedahkan derita kanser kolon atau kanser usus tahap tiga yang dihidapinya kini telahpun pulih.

Katanya memetik laporan mStar, dia mengetahui mengenai penyakitnya itu selepas mendapatkan rawatan di sebuah hospital ketika insiden dia ditemui pengsan di dalam bilik air dua tahun lalu.

“Sebenarnya saya sudah rasa sakit lama, macam-macam sakit tapi saya tak tahu dan 2022, saya disahkan menghidap kanser kolon.

“Saya dapat tahu sakit ni bila saya pengsan sebab saya rasa kepala saya sakit sangat, sehinggalah bila buat pemeriksaan doktor sahkan saya hidap kanser ni tahap tiga,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon yang popular menerusi filem Tiga Abdul ini bersyukur apabila dia kini sudah bebas daripada kanser tersebut setelah menjalani pembedahan.

Berkongsi lanjut, Sarimah juga mengaku sudah menghabiskan wang simpanannya sebanyak RM60, 000 bagi membiayai kos rawatannya walaupun sebelum ini ada sahaja pihak yang  ingin menawarkan bantuan.

“Ada sahaja orang nak sponsor,  tapi saya enggan kerana perlu tukar hospital. Malah, ada yang minta untuk saya iklankan dalam surat khabar.

“Selagi ada daya saya, saya memang tidak mahu menagih simpati, jelasnya.

Walaupun masih mengalami sakit dibahagian bawah perut, namun doktor sudah mengesahkan dia kini sudah pulih dan kini hanya mengambil makanan dihat untuk menjaga kesihatannya.

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 24 Nov 2024
Featured Tue, 26 Apr 2022
Hiburan Tue, 19 Dec 2017

8 REASONS WHY WE WILL ABSOLUTELY MISS JONGHYUN

Kim Jonghyun of SHINee passed away on December 18, 2017 after apparent suicide. We will miss him terribly.

Featured Mon, 5 Aug 2019
Featured Thu, 19 Apr 2018

Kadar Gangguan Mental Meningkat Gara-Gara Terlalu Obses Dengan Perkahwinan Diraja

Pandangan pakar menyebut bahawa kebimbangan kesihatan mental dalam kalangan peminat pasangan Putera Harry dan Megan berada pada tahap tertinggi sejak pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka pada Disember 2017.

Featured Thu, 16 Jan 2025

Ameera Khan, Jefri Nichol Hangat Bercinta, Netizen ‘Bitter’ Tinggal Komen Sarkastik – “Touch And Go Je lah”

rata-rata dalam kalangan netizen memberikan pelbagai respons terhadap hantaran mesra pasangan itu.

Trending Wed, 9 Sep 2020
Cahaya Mata Sun, 11 Sep 2022
Hiburan Fri, 15 Jun 2018

Wow! Che Ta Gayakan 20 Persalinan Raya Ini

Pada mulanya, kami merancang hendak beraya di Australia, tetapi disebabkan anak-anak ada peperiksaan, maka perancangan dibatalkan.

error: Content is protected !!