Hiburan By: Padin November 7, 2023 @ 12:43pm

Peminat Malaysia Teruja Tonton Filem Seram Islamik Pertama Thailand, Khong-Khaek: The Djinn’s Curse

Negara Thailand memang tidak asing lagi dengan penghasilan filem-filem seram yang bermutu dan mendebarkan sehingga turut diminati oleh para peminat filem seram di Malaysia.

Khong-Khaek: The Djinn’s Curse membawa kelainan besar apabila menjadi filem seram Islamik pertama negara itu, malah filem ini mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya meraih kutipan box office sejak ditayangkan di Thailand mulai 28 September lalu.

Apa yang menariknya, filem tersebut turut tular dan menjadi sebutan di Malaysia, malah trailer rasminya sahaja sudah meraih jumlah 3 juta tontonan menerusi akaun TikTok @sukafilem.

Bagi tidak mengecewakan para peminat filem seram di Malaysia, Yusrych Global Sdn Bhd membawakan filem terbitan M Thirty Nine Co. Ltd. dan Monwichit Entertainment ini ke pawagam seluruh Malaysia bermula 2 November lalu.

Pengasas Yusrych Global, Yusry Makmor berkata, pihaknya berminat membawa masuk filem ini untuk tayangan di Malaysia apabila menyedari trailer rasminya menjadi viral sehingga tiga juta tontonan dan diperkatakan orang ramai di media sosial.

“Saya percaya filem ini akan pecah panggung apabila ditayangkan di Malaysia, tambahan pula kutipan di Thailand sangat memberangsangkan iaitu sebanyak RM6 juta dalam tempoh 11 hari tayangan.

“Kalau melihat pada komen pula, rata-ratanya ramai yang teruja nak menontonnya dan tertanya-tanya bila akan tayang di Malaysia. Apapun akhirnya terjawab apabila filem ini ditayangkan pada 2 November,” ujarnya.

Yusry berkata, dia ada bertanya beberapa kenalan dalam industri tentang filem ini dan mereka menyarankan supaya dia membawa masuk untuk tayangan di Malaysia.

Sebelum ini, Yusrych Global bertindak sebagai penerbit dan edaran bersama untuk filem Anwar The Untold Story dan Khong-Khaek: The Djinn’s Curse menjadi filem kedua edaran syarikat berkenaan.

Sementara itu, menurut pengarah filem ini, Kriangkrai Monvichit, idea untuk menghasilkan filem ini tercetus setelah isterinya yang suka menulis skrip bersendirian mengadu yang dia sering terdengar bunyi yang aneh dan berasa bulu romanya meremang secara tiba-tiba sehingga dia terpaksa menghentikan hasrat untuk terus menulis.

Hasil dari perbualan itu pasangan tersebut sepakat untuk menghasilkan sebuah filem seram dan akhirnya terhasil skrip filem Khong-Khaek: The Djinn’s Curse yang dibarisi oleh para pelakon hebat Thailand seperti Golf-Akara Lucas, Tubtim-Anyarin Terathananpat, Mo Amena Pinit, Marika Phraekhieocharoen, Piyarat Jatupong, Thiti Phoom-on, Sontana Chitmanee, Hakeem Dhanawicit dan Ahmad Kasemiyah Dolah.

Menurut Kriangkrai lagi, mereka mengangkat tema berkaitan jin untuk filem berkenaan kerana mahu penonton lebih memahami kesan dan akibat buruk apabila manusia meminta pertolongan ataupun bersekongkol dengan jin.

Kriangkrai juga tidak menafikan terdapat beberapa kejadian seram dan pelik sepanjang
penggambaran dilakukan.

“Ada pelakon yang mengalami gangguan, misalnya ketika pelakon utamanya, Golf berbaring, dia merasakan seperti ada orang berbaring di sebelahnya tetapi apabila dia menoleh, tiada sesiapa di situ.

“Selain itu, ada seorang lagi pelakon iaitu Lee Ping dan beberapa orang kru ternampak suatu kelibat yang pelik sehingga mereka tidak mahu meneruskan penggambaran,” ujarnya.

Mengenai harapannya apabila filem ini ditayangkan di Malaysia, sebagai pengarah pastinya Kriangkrai berharap filem tersebut mendapat sambutan hangat penonton.

“Dari sudut agama dan budaya, memang tidak jauh berbeza dengan Malaysia. Apatah lagi kisah yang dipaparkan adalah tentang masyarakat di Selatan Thailand. Jadi, saya harap penonton Malaysia tidak melepaskan peluang untuk menonton filem ini,” ujarnya.

Khong-Khaek: The Djinn’s Curse mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Win yang berhijrah bersama keluarganya ke sebuah wilayah terpencil di Selatan Narathiwat apabila merasakan yang keluarga mereka itu seperti diganggu jin.

Di sebalik mahu mencari perlindungan daripada gangguan yang dialami mereka, ternyata keluarga berkenaan terjerumus dengan bahaya yang lebih besar. Win bersama isteri dan dua anak perempuannya, Mina dan Lin masih terus mengalami gangguan yang menyeramkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 Jan 2023
Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Siapa Pelakon Sindir Pengacara Wanita Melodi?

Syazwan Zulkifly memuatnaik status yang menyindir dan berunsur kasar sekaligus mengkritik gaya pengacaraan Janna Nick dalam Melodi. Bagaimanapun, pelakon itu tampil memohon maaf

Featured Fri, 17 Mar 2023
Hiburan Fri, 7 Dec 2018

TV3影片登「2018 YouTube Malaysia热门视频」冠军宝座!

如同往常,随着今年渐渐地进入尾声,现在是时候回顾定义了今年YouTube流行趋势的热门歌曲,爆红视频以及极具创意的创作者了!

Hiburan Sat, 12 May 2018

Aik…Anak Shuib Minta Ibu Baru?

Untungnya sebab boleh minta ibu baru jadi macam mana Shuib?

Hiburan Thu, 29 Nov 2018
Hiburan Sun, 3 Dec 2017

Tasha Shilla Di Kata Mencari Publisiti Murahan

Tasha Shila Hanya Mahu Jadi Diri Sendiri bukannya suka-suka nak seksi.

Events Thu, 15 Dec 2022

Majlis Terima Kasih Cikgu Didik TV KPM 2022 Hadiah Penghargaan Buat Warga Pendidik

Guru adalah obor ilmu menjadi cahaya dalam membantu pelajar untuk berjaya di dalam pelajaran. Oleh itu, NTV7 rangkaian televisyen Media Prima Berhad (MPB) telah menganjurkan majlis Terima Kasih Cikgu Didik TV KPM 2022 Majlis ini […]