Peminat ‘Miang’ Minta Gambar Bogel Atiq Azman

Dugaan bergelar pelakon remaja, kacak dan sedang meniti populariti pasti perlu dihadap pelakon Atiq Azman.

Antara dugaan yang dilalui apabila ada segelintir peminat ‘miang’ secara berani meminta gambar bogel Atiq untuk koleksi peribadi mereka.

“Setakat ini, itu permintaan paling ‘melampau’ pernah saya dapat daripada peminat tapi saya tak layan.

“Tapi itulah! Nak buat macam mana? Saya dah ada dalam industri ini, nak tak nak, kenalah hadap gangguan macam itu,” kata Atiq.

Atiq yang popular dengan watak Amirul melalui drama bersiri Nur dan Nur 2, berkata dia pernah terfikir membuat laporan polis.

“Masa awal memang terfikir nak ‘report’ polis tapi rasanya lebih baik tak perlu layan pun. Kalau buat ‘report’, nanti isu akan jadi lebih besar,” katanya.

Pada masa ini, dia sedang menjalani penggambaran drama 13 episod berjudul Cinta Itu ‘Fairytale’ arahan Tam Suhaimi.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida