Peminat ‘Prank’ Nubhan Sempena Hari Jadi Ke 33

Setelah 4 tahun menyepi dan kembali aktif semula ke dalam industri hiburan, kelab peminat Nubhan Ahamad iaitu ‘Nubhan Squad’ ternyata tidak pernah melupakan penyanyi kesayangan mereka itu.

Buktinya, baru-baru ini mereka sanggup ‘turun padang’ bagi merealisasikan kejutan buat penyanyi yang baru sahaja tampil dengan single Selamat Jalan,Cinta itu.

Lebih istimewa, majlis itu telah mendapat tajaan daripada Sugeh Hills Exclusive Eco Resort Janda Baik milik usahawan terkenal Dato Seri Aliff Syukri.

Nubhan yang langsung tidak dapat menghidu ‘prank’ yang diketuai oleh pengurusnya, Intan Lyana yang awalnya memaklumkan Nubhan perlu menghadiri majlis pertunangan salah seorang ahli kelab peminatnya.

Sebaik tiba di lokasi, Nubhan terkejut melihat wajah-wajah kesayangannya berada di lokasi berkenaan. Memang meriah!

Lokasi chalet berdekatan sungai memudahkan lagi birthday ‘prank’ kali ini. Buat Nubhan, Happy Birthday!

SGMS Enal