Peminat Sanggup Beratur Demi Harman Studio!

Jenama audio terkemuka, Harman Studio buat pertama kalinya mengadakan pelancaran pertamanya di Malaysia yang terletak di Sunway Geo Avenue pada 22 Mac 2019.

Pelancaran Harman Studio sekaligus mengumpulkan pelbagai jenama audio terkemuka seluruh dunia sehingga ianya menarik beratus-ratus pengunjung datang ke pelancaran yang julung kali diadakan ini. Antara jenama terkenal dunia dari aspek keutamaan audio adalah JBL, Harman kardon, Mark Levinson, Lexicon, Revel dan banyak lagi.

Pembukaan Harman di malaysia adalah yang pertama di rantau APAC,  dan ianya bertujuan untuk memperkukuh kehadiran Harman di Malaysia.

Dan berita baik buat semua pelanggan yang hadir, Harman telah menawarkan 2 unit JBL Inspire 300 dengan hanya RM8 setiap satu! 

Manakala, Harman juga turut memeperkenalkan bilik pamerannya yang terbesar seluas 3000 kaki persegi, dengan konsep gaya hidup yang paling eksklusif. Studio ini juga membolehkan pengunjung mengalami gaya hidup Harman yang disertakan dengan fon kepala mudah alih berjenama Harman.

Menurut PengurusPembangunan Perniagaan Kanan Harman Asia Pacific berkata, pihaknya begitu teruja denganpelancaran Harman Studio ini.

“Ia akan memberi pengguna gambaran yang lebih baik tentang produk di bawah Harman Kardon. Studio itu pasti akan membantu para pengguna untuk memehami produk yang lebih baik dan menyelami penyelesaian audio yang kami tawarkan,” Katanya

Harman ditubuhkan pada tahun 1953 oleh Sidney Harman dan Bernard Kardon, dan jenama ini adalah jenama yang kukuh terutamanya melibatkan aspek audio  yang berkualiti tinggi.

Jadi kepada peminat audio yang berkualiti, korang bolehlah melawat ke;

Lokasi : Harman Studio, A1.01.05, Sunway Geo Avenue, Jalan Lagoon Selatan, Sunway South Quay, 47500 Subang Jaya, Selangor. 

Dan, untuk tahu lebih info terkini, korang juga boleh layari lamanFacebook mereka di  Facebook page.

Salma Syahbuddin