Selamat Datang Ke Kuala Lumpur, Mariah Carey! Korang Dah Beli Tiket Ke Belum?

Yeay! Selepas empat tahun, diva terkenal antarabangsa, Mariah Carey sekali lagi membuat kunjungan ke Kuala Lumpur. 

Penyanyi berusia 48 tahun yang menduduki tempat pertama dalam carta Billboard Hot 100 sebanyak 18 kali itu dijadualkan membuat persembahan di konsertnya esok (16 Oktober).

Menerusi laman Instagram, Mariah turut memuatnaik sekeping foto dirinya berlatar belakangkan menara berkembar Petronas dengan kapsyen ‘ Good Morning, Kuala Lumpur’

Sebilangan besar pengikut Mariah berasa teruja dengan kehadiran diva terkenal itu. Nampaknya mereka juga dah tak sabar untuk menyaksikan persembahan Mariah di konsert berskala besar itu nanti.

Konsert Mariah Carey Live In Kuala Lumpur bakal diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen KL, esok malam. Dengarnya tiket sudah licin dijual. Mesti best kan, Mariah Carey kot! 

SGMS Faida