Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi November 6, 2022 @ 5:15pm

Penampilan Mira Filzah Lebih Selesa & Sopan, Suami Yang Bagi Pelepasan – “Dia Nak Tengok ‘Puan Amirah’ Berbanding Mira Filzah”

Pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah mengakui dia tidak pakar dalam berfesyen sebaliknya lebih menggayakan apa yang selesa sahaja.

Menerusi temu bual dalam sebuah program bual bicara, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman memberitahu selepas berumah tangga, suaminya juga akan menegur tentang penampilannya.

“Bagi saya apa yang simple dan selesa itu dah menunjukkan saya tetapi bila saya pergi ke sesebuah acara saya juga akan guna khidmat penata gaya.

“Sekarang yang bagi pelepasan Emir lah. Dia selalu kata dia nak tengok penampilan seorang ‘Puan Amirah’ berbanding Mira Filzah.

“Dia ada bertanya “make up ada macam Puan Amirah tak hari ini”. Jadi dia faham penampilan saya macam mana.

“Kadang-kadang saya nak keluar, dia akan tegur “tudung bagi nampak macam Puan Amirah sikit”. Jadi saya pun faham maksud Puan Amirah itu seperti mana yang dia mahukan,” jelas Mira.

Mira juga menceritakan dia tidak gemar memuat naik sebarang hantaran ketika dirinya hamil anak pertama tahun lalu sehingga penampilan dikritik warganet namun tetap positif disamping suami tercinta.

“Ketika dalam proses awal kehamilan, saya tak suka post dalam media sosial ketika itu muka saya sedikit cengkung.

“Saya makin kurus ketika itu, muka cengkung, berat badan pun lambat naik walaupun saya tidak mengalami muntah-muntah.

“Sampaikan saya muat naik gambar di media sosial, sampaikan ada netizen kata “kenapa cengkung sangat ni? Tak bahagia lah tu”.

“Dalam hati saya ketika itu geram dan sebab itu saya tak suka media sosial ketika itu. Jadi benda sebegitu yang buat saya stress.

“Tapi syukur suami saya seorang pendengar yang baik. Saya rasa setiap kali saya luah sesuatu kepada dia, saya puas,” ujarnya.

Biarpun agak baharu dalam dunia seni hiburan, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu meluahkan rasa syukur dengan apa yang dikecapi kini dan menganggap kemahsyuran seseorang bergelar selebriti tidak akan kekal lama.

“Walaupun saya tidak terlalu lama dalam industri saya selalu ada pemikiran yang saya rasa puas dan syukur.

“Dalam tempoh 4 tahun ini, saya rasa syukur dengan apa yang saya capai sebab sebelum saya bersalin saya cakap “boleh ni berlakon lagi” tetapi bila tengok anak saya jadi lebih berjaga-jaga.

“Saya juga ada isu kepercayaan dengan orang lain lagi-lagi hal berkaitan anak.

“Dunia kemahsyuran itu tidak kekal lama. Anak, suami dan keluarga yang kekal selamanya.

“Kadang-kadang saya berfikir untuk terima sesuatu tawaran, apa pun saya hanya tawakkal dan Insya-Allah semuanya akan okey,” katanya.

Mira Filzah mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir pada 3 September 2020.

Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Wan Khair Amir yang kini berusia hampir 7 bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

“Panggil Saya Lola” – Wan Sharmila

Lala ke Lola ke, dua-dua pun comel!

Featured Fri, 20 Dec 2024

Dakwa Difitnah, Jay Iswazir Mahu Bekas Isteri Mohon Maaf – “Kalau Gagal Saya Tuntut Ganti Rugi”

, Jay menyerahkan notis tuntutan (LOD) menerusi peguamnya pada Khamis.

Featured Fri, 6 Feb 2026

Ubai MZ Perjelas Isu Pengurus ‘Kerek’ – “Ia Melibatkan Nama Saya”

Isu itu tercetus selepas individu berkenaan mendakwa menerima tindak balas yang tidak seperti diharapkan.

Featured Tue, 6 Jun 2023
Featured Sun, 24 Apr 2022
Featured Tue, 23 Sep 2025

Bapa Amir Raja Lawak Meninggal Dunia

Amir memaklumkan perkara itu menerusi platform media sosialnya pada pagi Selasa.

error: Content is protected !!