Categories: HiburanSelebriti

RAHSIA CHE TA TAK BOLEH GEMUK

Gara-gara berat badannya bertambah sehingga 8 kg daripada 50 kg, pelakon Rozita Che Wan disangka sedang menghamilkan adik  kepada Aaisyah Dhia Rana yang kini sudah berusia 3 tahun.

Seronoklah Aaisyah jika dapat adik kan?

Tetapi,  sayangnya itu tidak mungkin berlaku sebab Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta menafikan sangkaan netizen.

Katanya kepada Harian Metro, salah faham berkenaan barangkali timbul apabila kebelakangan ini dia kerap dilihat mengenakan skirt kembang dan blaus longgar.

Che Ta bersama anak comelnya Aaisyah. Foto Instagram Rozita Che Wan.

Kalau nak tahu, semua baju sudah tidak muat. Kain pun susah nak zip,” ujar Che Ta mengakui selera makannya bertambah sejak berada di Tanah Suci mengerjakan ibadan umrah apatah lagi kerap makan nasi Arab di sana.

Bagaimana pun Che Ta memberitahu, dia sekarang sedang fokus untuk mengembalikan berat badan yang ideal seperti dahulu bahkan  tiada perancangan untuk hamil buat sementara waktu.

“Jadi apa saya lakukan sekarang adakah kurangkan makan,” ujar Che Ta.

Isteri kepada Zain Saidin ini  bagaimana pun tidak menolak rezeki jika ditakdirkan hamil lagi  namun buat masa  sekarang belum ada  niat ke arah itu. Tambahnya, fokus utama adalah untuk membesarkan Aaishah serta mengembangkan perniagaan keluarga.

 

SGMS Fas