Categories: HiburanSelebritiStylo

Penat Menyanyi, Aliff Tukar Profesi

Sejak kebelakangan ini, Alif Satar, 28,banyak terikat dengan tugasan mengacara dan berlakon sehingga dia seakan-akan mengetepikan fokusnya terhadap nyanyian.

Malah, kabarnya beliau telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang berbeza seolah-olah ingin menukar profesi!

“Bukan sudah bosan menyanyi, tetapi saya ingin mencuba sesuatu yang baru dalam hidup saya, seperti bidang fesyen pula,” ujar beliau ketika ditanya mengenai bidang fesyen yang baru diceburinya.

“Mula-mula dulu saya buat hanya untuk saya dan adik-beradik memakainya secara suka-suka. Tetapi, setelah melihat potensi produk fesyen saya ini boleh pergi lebih jauh, apa salahnya saya serius pula dalam bidang fesyen.”

Jenama fesyen yang dinamakan Burank.co ini boleh didapati di hub fesyen terkemuka tanahair, PRIMAVALET pada hari raya aidifitri kelak.

“Buat masa sekarang, pihak Primavalet dan saya masih dalam peringkat awal. Pakaian jenama Burank.co boleh dibeli pada bulan puasa nanti di PRIMAVALET, Osti Bangi (bersebelahan dengan tol Bangi.”

Aliff Satar juga turut menjadi salah seorang duta PRIMAVALET untuk semua koleksi-koleksi Aidilfitri PRIMAVALET.

 

 

SGMS Putri