Hiburan By: Del14 January 19, 2020 @ 12:49pm

Pengarah ‘Escape’ Terpaksa Lupakan Gimik Sebab…

Pengarah filem Escape, Ikhwansha Hazer, hampir bersetuju dengan idea ancaman bom di sebuah pusat membeli belah terkemuka di ibu kota.

“Idea itu muncul tahun lalu ketika bersama rakan-rakan produksi memerah idea memikirkan cara untuk mempromosi filem Escape.

“Antara cadangan adalah dengan mensasarkan pengunjung yang lalu lalang di dalam pusat membeli belah menerima panggilan misteri mengenai ancaman bom di situ.

“Bagaimana pun selepas difikirkan pro dan kontranya, cadangan itu terpaksa dibatalkan kerana membabitkan keselamatan negara,” katanya.

Selain itu, sebab lain pembatalan kerana melihat pengalaman adiknya sendiri pernah ditahan kerana melakukan ‘prank’ pengganas untuk sebuah projek video tular selepas menerima aduan orang ramai.

Graduan Perfileman Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ini akui, mungkin disebabkan keterujaan mahu filem pertama arahannya ini mendapat perhatian ramai membuatkan idea itu muncul.

“Jika di luar negara, idea itu mungkin ‘permainan’ biasa asalkan boleh melariskan karya mereka tetapi harus diingat, Malaysia ada undang-undang yang wajib kita hormati demi keamanan rakyat yang berbilang kaum, bangsa, budaya dan agama.

“Tidak mahulah hanya disebabkan gimik-gimik yang menyentuh sensitiviti dan keselamatan negara menyebabkan objektif asal serta nilai semangat kenegaraan yang diselit dalam filem ini diketepikan begitu saja,” katanya.

Filem Escape yang mengambil masa hampir dua tahun untuk disiapkan dibintangi Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Jue Aziz, Riz Amin, Zamarul Hisham, Pablo Amirul, Fiza Fukazawa dan Dato’ Jalaluddin Hassan.

Escape berkisar tentang Adam yang dikurung di dalam sebuah bilik misteri kerana dituduh sebagai seorang pengganas. Satu-satunya cara untuk dia membebaskan diri adalah dengan memberikan kepada pihak berkuasa lokasi cip peranti senjata yang telah diseludupnya beberapa hari yang lalu.

Namun, Adam tidak mampu untuk mengingat apa-apa kerana mengalami Amnesia. Keadaan bertambah rumit apabila Adam mula menyedari bahawa pihak berkuasa yang mengurungnya sebenarnya adalah kumpulan pengganas yang mahukan lokasi cip senjata tersebut untuk melancarkan agenda jahat mereka.

Masa semakin suntuk, keselamatan dunia semakin terancam, Adam harus membebaskan dirinya sebelum terkubur di dalam bilik misteri itu buat selama-lamanya.

Filem terbitan Dreamland Production bergenre ‘cerebral thriller’ ini dijangka menemui penonton pada Mac tahun ini.

Oleh: Guy Masaki

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Tue, 22 Nov 2022

“Kalau Gelak Macam Tu, Dah Tahu Siapa…” – Gelagat Anzalna Nasir & Kakak Buat Netizen Terhibur

Pasti ramai yang mengetahui pelakon jelita Anzalna Nasir merupakan seorang yang sangat akrab dengan adik beradiknya. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Anzalna di laman TikToknya, sehingga meraih tumpuan netizen. Menerusi hantaran […]

Hiburan Wed, 23 May 2018

Kilafairy Dikecam Kerana Berpakaian Ketat, Nak Tayang Apa Tu?

Gambar tersebut juga seterusnya menimbulkan perbalahan apabila Kilafairy turut membalas komen netizen dalam bentuk sindiran

Hiburan Thu, 17 May 2018

“Menulis Bukan-Bukan Dan Tanpa Usul Periksa” Anuar Zain Kata Netizen Kurang Ajar!

Anuar Zain yang juga merupakan adik kepada Ziana Zain ini tampil memberikan kenyataan bahawa netizen seharusnya tidak menulis sesuatu perkara negatif dan membuat spekulasi terhadap isu berkaitan situasi rumah tangga kakaknya

Featured Mon, 19 Sep 2022
Hiburan Tue, 22 Aug 2023
familuv Fri, 23 Dec 2022

Kejutan Birthday Bonda Rozita, Aliff Syukri Hadiahkan Cincin Lebih RM25,000.. Netizen Tanya: “Tanda Harga Tu Memang Kena Tunjuk Ek?”

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri membuat kejutan ulang tahun ibunya, Rozita Ibrahim atau mesra disapa Bonda dengan mengumpulkan hampir seluruh adik beradiknya.   View this post on Instagram   A post shared by Aliff […]