Hiburan By: Maya Basir August 22, 2023 @ 11:48am

Terpaksa Bertongkat Ke Konsert Ruffedge, Jari Kaki Amelia Henderson Patah Gara-Gara…

Pelakon dan pengacara, Amelia Henderson dilihat hadir ke konsert Ruffedge pada Sabtu lalu bertongkat gara-gara terlanggar bucu katil ketika menuju ke bilik air.

Memetik laporan Gempak, awalnya dia berfikir hanya kesakitan biasa namun tidak menyangka jari kakinya seperti sudah senget.

“Tiada yang serius sangat, tapi ceritanya agak memalukan sikit. Saya baru balik kerja, dua hari lepas. Masa itu dah mengantuk sangat-sangat.

“Waktu itu dalam dua pagi saya dah nak tidur, tapi sebelum tidur nak pergi berus gigi. Tengah nak berjalan menuju ke bilik air, saya terlanggar bucu katil. Ada bunyi dan memang sangat sakit.

“Saya ingat sakit biasa, kemudian saya duduk dan lihat jari kaki saya macam dah senget. Saya dah risau sebab nampak macam dah teruk.

“Kemudian saya terus telefon adik saya suruh kejutkan ibu. Saya tanya mereka apa patut saya buat. Adik saya datang rumah dan bawa saya pergi hospital,” jelasnya.

Selepas membuat rawatan di hospital, doktor mengesahkan jari kaki Amelia patah dan dinasihatkan untuk melakukan pembedahan.

“Saya ingat jari kaki saya terkehel, rupa-rupanya bukan terkehel tapi multiple fracture (patah dalam), bikan satu tapi ada beberapa bahagian juga. Ikutkan saya perlu ditahan wad dah buat pembedahan.

“Tapi waktu itu dah tengah malam, saya pun balik rumah dulu. Keesokan pagi, saya datang semula ke hospital untuk maklumkan doktor, saya tak boleh buat pembedahan sebab kerja dan penggambaran masih banyak.

“Jadi doktor hanya balut jari kaki dan saya akan buat temu janji susulan untuk pastikan pembedahan itu diperlukan atau tidak,” ujarnya.

Pada masa sama, Amelia terpaksa menggunakan kasut jenis boot khas untuk membantu pergerakannya.

“Buat masa sekarang ini saya perlu pakai kasut boot khas untuk tiga hingga empat minggu paling minima. Kalau tak buat pembedahan harap akan okey balik.

“Memang sakit dan sedikit sebanyak menyusahkan kerja saya. Sebab kena pakai kerusi roda dan susah nak berjalan,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap Netizen Kelakar, Amelia Henderson Nafi Buat Persiapan Kahwin Dengan Aedy Ashraf

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Discover Germany Freely Through a BirdsEye View

Pockets won’t get burnt, but the eyes can still get to feast on lovely views!

Contest Wed, 14 Aug 2019

Peminat #ICSYVMY, Jangan Lupa Hantar Penyertaan Korang Dan Menang Wang Tunai RM2K!

Jangan lupa sertai peraduan di www. xtra.com.my/mentormilenia

Hiburan Tue, 20 Feb 2018

NABIL AHMAD MAHU UBAH SEJARAH!

Teater yang mahu dipersembahkan di Lambang Sari, Istana Budaya itu tercetus daripada pembacaan sebuah buku sejarah lama berbentuk skrip yang dibeli di Penang dengan harga cuma RM1.

“Saya beli buku itu dengan hanya RM1 sahaja terbitan tahun 1959.

Trending Thu, 26 Jul 2018

This Creepy 3D Video is So Real, It Will Spook You Like Crazy

It’s so realistic that people are questioning whether it really happened or not.

Hiburan Thu, 1 Jun 2023

Gara-Gara Langgar ‘Spoiler’ Kereta Sampai Patah, Remaja Tampil Minta Maaf

Owner dah maafkan, netizen pulak yang menggelupur 😅