Penyampai Berita Persis Neelofa Ini Tepis Gosip Cintanya Dengan Tiga Selebriti?

Penyampai berita TV3, Hawa Rizwana Redzuan nampaknya sering terpalit dengan kontroversi melibatkan dirinya dan beberapa selebriti seperti Sufian Suhaimi, Fizo Omar dan Zizan Razak.

Bagaimanapun, Hawa menafikan kenyataan tersebut dan menganggap ia hanyalah salah faham. 

Sumber : Instagram @hawarizwana

“Saya ingat lagi sebelum ini ada yang kaitkan saya dengan Sufian Suhaimi dan Fizo Omar, sebenarnya itu semuanya salah faham. Kerana, kedua-dua artis berkenaan mengenali ayah saya yang juga merupakan pensyarah mereka. 

” Tiada istilah bercinta kami hanya kawan biasa sahaja. Semua yang berlaku hanya kebetulan dan saya sudah jelaskan tentang perkara tersebut sebelum ini” Katanya. 

Tambahnya lagi, gosip beliau bersama Zizan Razak pula mula tular selepas video terbitan mstarpada September lalu  masih menjadi bualan. Manakala, Hawa dan Zizan pernah berjumpa atas urusan kerja sahaja.

” Memandangkan saya seorang wartawan, jadi kami pernah berjumpa di lokasi tugasan itu sahaja” Jelasnya.

 

Sumber : Instagram @hawarizwana

Namun, bagi gadis berusia 24 tahun ini, beliau mencari seorang lelaki yang matang dan penyanyang untuk dijadikan kekasih. Dan, yang paling utama ialah, lelaki tersebut haruslah mengenali bapanya, Profesor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman.

.” Yang paling penting kena dapatkan kebenaran ayah saya dahulu, tapi buat masa sekarang saya belum terfikir lagi tentang hubungan cinta kerana fokus saya adalah kerjaya dan ingin menamatkan pengajian master terlebih dahulu”

Salma Syahbuddin