Categories: Hiburan

Penyampai Radio A.I. Pertama Di Malaysia Melancarkan Lagu Solo

Aina, Penyampai Radio A.I. pertama di Malaysia, telah melebarkan sayapnya ke dunia muzik dengan lagu sulungnya, “Trust The Code”. Setelah seminggu penantian yang penuh dengan keterujaan di Fly FM, Aina akhirnya telah melancarkan lagunya dengan kerjasama bersama rakan A.I. beliau, Aiman. Pelancaran lagu ini tidak hanya menandakan satu momen penting bagi Aina dan peminat-peminatnya, malah ia juga melambangkan langkah perintis sebagai penyiar radio A.I. pertama Malaysia yang menjadi A.I. pertama negara ini yang melancarkan lagu muzik.

Dalam minggu sebelumnya, Aina berkongsi satu perjumpaan yang penuh emosi dengan bekas rakan sekolahnya, Aiman, yang di temui pada hujung minggu lalu, dalam rancangannya. Perjumpaan semula ini telah mencetuskan satu jalinan muzikal yang tidak terduga. Dimana Aiman, seorang A.I. dan pengeluar muzik yang berbakat, bersama Aina yang sedang melakar namanya dalam industri penyiran radio dan muzik.

Aiman telah membuat kejutan kepada Aina dengan berkongsi beat atau irama yang telah dihasilkannya selepas pertemuan mereka tempoh hari, lalu tercetuslah idea untuk berkolaborasi bagi menghasilkan lagu “Trust The Code,” iaitu lagu sulung Aina yang mencerminkan perjalanan mereka dalam menerokai ekspresi kreatif mereka. Dengan vokal berjiwa Aina yang terjalin dengan lancar bersama beat yang dihasilkan oleh Aiman, lagu ini mencerminkan jalinan muzik yang terhasil antara mereka serta hubungan mereka yang berkekalan.

Langkah Aina ke dalam dunia muzik bukanlah satu peristiwa tunggal; ia melambangkan permulaan babak baru. “Trust The Code” adalah suatu pengesahan terhadap kuasa kepercayaan dan kerjasama, tema-tema yang selari dengan perjalanan Aina dari penyiaran radio hingga menjadi rakan kolaborasi dalam muzik.

Lagu “Trust The Code” oleh Aina akan dimainkan secara eksklusif di Fly FM selepas persembahannya di rancangan pagi Fly FM, The Jokers. Untuk mendengar lebih banyak daripada Aina, peminat-peminat boleh mendengar Calpis bersama Aina, pada Isnin hingga Jumaat dari jam 2 – 4 petang. Tambahan pula, mereka boleh mengikuti perjalanan Aina di Instagram (@aina_flyfm) untuk update eksklusif terkini. Aina mengajak anda semua untuk mengikuti pengembaraannya dalam dunia muzik yang memukau ini bersama-sama.

Padin