Categories: Trending Hari Ini

“Anak Tak Bersama Dengan Saya…” – Menantu Zainal Abidin Dakwa Yuran Sekolah Anak Diabaikan, Tak Malu Minta Tiket Penerbangan Murah?

Menantu kepada bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan iaitu Suzur Sofia memberitahu masih dihalang oleh bekas suami, Mohd Zaiza untuk berjumpa dengan anak-anaknya.

Menurut Sofia semasa dihubungi XTRA, meskipun begitu, dia terpaksa membiayai yuran sekolah anak seorang diri yang tertunggak selama enam bulan.

“Walaupun anak tak bersama dengan saya tapi saya yang kena bayar yuran sekolah anak. Pengetua sekolah sampai call saya cakap jangan hantar anak pergi sekolah lagi.

“Saya macam eh kenapa, pengetua cakap dah enam bulan yuran sekolah anak tak bayar dan dah nak masuk new semester. Saya terkejut, are you serious?

“Saya terus mesej pihak disana bagi resit beritahu saya dah bayar dan nak minta tolong mereka bayarkan juga. Nak harapkan Zaiza memang tak payah lah sebab dia tak bekerja.

“Tak ada respon langsung. In fact, one or two weeks later, dengan tak malunya (pihak disana) texted me nak minta for id password untuk dapatkan tiket (penerbangan) murah,” jelasnya yang bekerja sebagai pramugari.

Dalam pada itu, dia memberitahu hanya dapat berjumpa anaknya di sekolah sahaja namun anak keduanya yang berusia dua tahun tidak diberi peluang untuk berjumpa.

Terdahulu, Sofia mendakwa rumah bersama bekas suami telah dilelongkan semasa dia pergi bekerja dan membawa lari anak-anak mereka meninggalkannya sehelai sepinggang.

ARTIKEL BERKAITAN: Dihina & Dicaci Bekas Suami, Menantu Zainal Abidin Dakwa Pernah Disuruh Tidur Beramai-Ramai!

Untuk rekod, Sofia dan Zaiza sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 14 Jun lalu selepas lebih enam bulan digantung tak bertali.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad Zaynedin Sulaiman, 6, dan Seri Zayana yang baru berusia 2 tahun.

Maya Basir