Categories: Hiburan

Dokumentari Khas ‘Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir’ Dengan Kerjasama TNB Raih Anugerah Gangsa Bagi Kategori Program Faktual Terbaik Terbitan Asia Untuk Pasaran Tunggal Asia

Tahun 2023 merupakan tahun bertuah bagi TV3 kerana program dokumentari khas Majalah 3 berjaya melakar sejarah dengan memenangi anugerah gangsa Kategori Program Faktual Terbaik Terbitan Asia di Content Asia Awards 2023 yang diadakan di Athenee Hotel, Bangkok.

Kemenangan ini adalah menerusi episod khas berjudul “Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir” terbitan TV3 dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

TV3 merasa amat bertuah kerana mendapat kerjasama dan sokongan daripada TNB dalam menjayakan dokumentari khas ini. Penerbitan yang memakan masa hampir tiga bulan ini telah pun disiarkan pada 13 Mac yang lalu dan mendapat sambutan yang memberansangkan sehingga mencecah 2 juta penonton.

Kerjasama yang terjalin ini, jelas membuahkan hasil yang sangat memuaskan apabila ia diiktirafkan di peringkat antarabangsa. Semoga kerjasama yang terjalin bersama TNB akan berkekalan dan pada masa yang sama dapat memberi manfaat kepada penonton setia TV3.

Dokumentari khas ini diterajui oleh Irin Putri Azmi selaku Penerbit Eksekutif; Penerbit serta wartawan Muhammad Hafiz Mohd Hizal; dan Penyelaras Projek, Izzul Iswat. Kejayaan program ini juga turut disokong oleh Pengurus Rancangan TV3, Faeza Farrah; Pengurus Besar Jualan Omnia, Chan Sue Harn; Pengurus Jualan, Stela Chong; dan Eksekutif Jualan Ariff Azhar.

Kepada mereka yang ingin menonton edisi khas Majalah 3 “Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir”, sila strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my.

Padin