Penyanyi K-Pop Goo Hara Ditemui Mati

Penyanyi terkenal K-Pop, Goo Hara ditemui mati di rumahnya di Cheongdam Dong, awal pagi semalam. 

Bekas anggota kumpulan Kara itu ditemui kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan, kata polis Gangnam.

Terdahulu pada Mei lalu, Goo Hara mengemukakan permohonan maaf kepada peminatnya selepas dilaporkan cuba membunuh diri.

Sebelum kematiannya, Goo Hara aktif mempromosikan karyanya di Jepun termasuk siri jelajah terbaharu, Midnight Queen.

Memetik laporan Allkpop, polis masih menyiasat punca kematian Goo.

Pada Mei lalu, Goo Hara dikatakan cuba untuk membunuh diri dengan mencederakan dirinya namun berjaya diselamatkan oleh pihak polis.
SGMS Faida