#SFMM33 : Revolusi Penyanyi Lama Dan Baharu Dalam Separuh Akhir MM33

Separuh Akhir Muzik-Muzik 33 (MM33) akan menyaksikan pertembungan antara penyanyi lama dan baharu apabila kali ini pihak produksi mahupun peminat memilih artis-artis kesayangan mereka berdasarkan kepada lagu popular masa kini.

Penerbit Eksekutif nya, Nurhul Huda Khalid berkata, kehadiran penyanyi dalam pelbagai era ini adalah bagus kerana ianya sekaligus memperlihatkan persaingan sengit untuk mara ke acara kemuncak AJL33 pada Februari depan.

” Pola perubahan pada musim ini terserlah apabila penyanyi yang membuat kemunculan semula berjaya mara ke peringkat Separuh Akhir MM33. Dan, ini memperlihatkan mereka masih mampu memberikan cabaran dengan vokal yang cukup padu. Bakat dan kemampuan penyanyi muda juga tidak boleh dipertikaikan kerana MM33 bukan hanya bersandar kepada populariti semata-mata, tetapi kepada kekuatan keseluruhan sesebuah lagu termasuklah dari segi vokal dan persembahan.” Katanya ketika ditemui pada majlis Sidang Media yang diadakan di Alya, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. 

       

Separuh akhir MM33 menyaksikan sebanyak 30 buah lagu bakal bersaing dan hanya 12 lagu sahaja yang layak mara ke pentas berprestij AJL33. 

Antara lagu lain yang bertanding adalah, Di Matamu (Sufian Suhaimi), Dia (Qody), Kata Akhirmu (Ariff Baharin), Sesungguhnya Aku (Aliff Satar), Bercanda Di Malam Indah (Kugiran Masdo), Mimpi (Liza Hanim), Seindah Berdua (Dewi Seriestha), Dia (Dayang Nurfaizah), Semakin (Siti Sarah), Tak Pernah Hilang (Kaer Azami dan  Amylea), Hikayat Benladin (Ben Ladin), Bunga (Altimet), Luluh (Khai Bahar), Rahsia Kita (Khai Bahar dan Fatin Husna), Streotype (Akim & The Majistret), Sulit (Aman Aziz), Bunga (Ara Johari), Jagakan Dia (Shiha Zikir), Haram (Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah), Demi Kita (Ismail Izzani), Cakap Ke Tangan (Stacy), dan Kau Pun Sama (Syamel).

Sumber : Instagram @tv3malaysia

Lagu lain ialah, Selamat Tinggal (Haqiem Rusli), Jatuh Bangun (Haqiem Rusli dan Aman Ra), Hajat (Hael Husaini),   Layarlah Kembali (Dayang Nurfaizah), Nisan Cinta (Jaclyn Victor dan Siti Nordiana), Rintahan Rindu (Wany Hasrita), Kisan Antara Kita (One Avenue Band), dan Sampai Bila (Misha Omar).

Sumber : Instagram @senangterhibur

Separuh akhir MM33 juga turut menggadingkan Sherry Al-Hadad dan Haziq Hussni sebagai pengacara.                                                                      

Salma Syahbuddin