Categories: LIFESTYLEStylo

Tips Rambut Gugur Ketika Mengandung

Rambut dikatakan mahkota wanita yang penting dan diberikan perhatian yang sepenuhnya tidak kira buat anda yang berhijab atau tidak.

Ada yang mengalami rambut gugur ketika muda , ketika mengandung mahupun selepas bersalin. Apakah yang dapat membantu untuk mengurangkan atau menghentikan keguguran rambut ini terutama ketika mengandung.

 

Apakah faktor yang menyebabkan rambut gugur? Ini kerana perubahan hormon- hormon didalam badan sebenarnya. Rambut akan melalui kitaran yang berfasa.
Mengikut kajian, secara purata rambut akan gugur sebanyak 100 helai setiap rambut. Banyaknya dalam sehari kan?
Jika anda mengalami ini tips yang dapat dikongsikan.
  • Guna Sikat Yang Gigi Luas – elak dari menggunakan ‘hair dryer’ atau apa sahaja yang memanaskan rambut anda. Kalau boleh tidak perlu keritingkan mahupn mewarnakan rambut anda semasa mengandung
  • Jangan Panik – lagi anda pani lagi gugur rambutnya. Kurangkan dari menarik rambut bila stress atau panik.. Gunakan perapi bagi mengurangkan keguguran rambut antara yang boleh membuangkan sikap panik
  • Rambut Basah – Bila rambut basah ianya sangat rapuh. Beri lebih perhatian ya. Cuba bertanya pada pendandan rambut untuk gaya rambut yang boleh menyembunyikan bahagian yang botak
  • Semak Pemakanan – Yang ini mengikut kajian, memang mempengaruhi rambut dari diet pemakanan. Vitamin dan zat mineral diperlukan untuk mengatasi keguguran rambut

Ini diantara tips yang dapat dikongsikan , jika berlanjutan lagi disyorkan untuk berjumpa dengan khidmat nasihat pakar ya

 

SGMS Enal