Penyanyi Veteran Datuk M.Daud Kilau Meninggal Dunia

Penyanyi veteran Datuk M. Daud Kilau dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi pada jam 4.40 petang tadi di hospital Teluk Intan, Perak.

Perkara itu dimaklumkan oleh cucunya yang dikenali sebagai Hasnor Ikram menerusi hantaran ringkas yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Atuk saya, Mohd Daud Kilau  telah menghembuskan nafasnya yang terkahir sebentar sahaja tadi. Al-Fatihah,” tulisnya.

Terdahulu, pelantun lagu Cik Mek Molek pernah mengaku berasa terkilan dengan mesej yang tular di media sosial apabila ramai yang  mengatakan dia sudah meninggal dunia.

Berita tersebut terjadi antara Januari 2016 dan September 2022, kedua-duanya adalah sewaktu dia dimasukkan ke wad Hospital Teluk Intan kerana mengadu sukar membuang air kecil dan alami paru-paru berair.

“Kepada yang kata saya dah mati tu, harap datanglah berjumpa dengan saya, kita bersalaman, berkenalan, tidak salah. Datanglah segera jumpa saya minta maaf, mana tahu kalau betul betul Allah ambil nyawa saya, tak sempat nak bercakap dengan saya, minta maaf pada saya. Nanti tak payah nak jumpa di ‘sana’ nanti, alangkah di dunia pun payah nak berjumpa apatah lagi di ‘sana’ nanti,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Disahkan Paru-Paru Berair, Datuk M Daud Kilau Kini Stabil – “Bila Rasa Penat Dia Akan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau Kritikal Akibat Paru-paru Berair

Salma Syahbuddin