Hiburan By: Salma Syahbuddin October 25, 2018 @ 3:08pm

Penyiar Antarabangsa German Jalinkan Hubungan Digital Bersama Tonton

Deutsche Welle (DW) adalah syarikat penyiar bebas Jerman baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka akan menjalinkan kerjasama bersama tonton. 

Penyiar antarabangsa Jerman yang bangga dengan kewartawanan bebas ini turut mahu menyumbang kepada mempelbagaikan isi kandungan antarabangsa yang telahpun tersedia di pasaran Malaysia.

DW sebelum ini pernah menjalinkan kerjasama bersama tonton pada tahun 2017. Dan, sempena ulangtahun ke-65 syarikat penyiar antarabangsa itu setakat ini telah mencipta kejayaan di seluruh dunia dengan sistem kewartawanan dan pengaturcaraan berkualiti bagi menambah perspektif mereka ke pasaran berita antarabangsa Malaysia.

Berpegang pada falsafah ” Think Globally, Act Locally”  DW turut menawarkan pandangan global kepada khalayak tempatan dalam bentuk beritamelalui platform dalam talian tempatan yang popular seperti tonton. Dan, kemunculan semula DW adalah bagi memperkenalkan dua tawaran baharu iaitu, DW berbahasa Inggeris- saluran linear dan DW VOD iaitu kandungan Video On Demand berbentuk klip-klip pendek.

DW berbahasa inggeris ini akan beroperasi selama 24 jam dimana, ianya akan menyediakan laporan-laporan mengenai isu-isu penting, analisis dan pandangan yang teliti terhadap isu yang berlaku diseluruh dunia. Malah ianya juga turut menyajikan berita terkini, rancangan berbentuk ceramah, perniagaan, politik, budaya dan sukan. Anda juga boleh menonton DocFilm : Arrow of Time – Gorbachev and The Oppurtunity For Peace Wasted.

Manakala klip pendek yang tersedia menerusi platform digital tonton terdiri daripada kandungan-kandungan khas seperti BirdsEye! Anda boleh mengetahui tentang kod pemakaian yang sesuai dan Euromaxx DIY. Wow!

Integrasi antara DW dan tonton adalah untuk meluaskan lagi pengedarannya di wilayah Asia Pasifik. 

 

Ketua Pengarah Deutsche Welle, Peter Limbourg berkata, kerjasama ini adalah sesuatu yang hebat kerana DW dapat menawarkan perspektif mengenai berita-berita antarabangsa yang membolehkan penonton di seluruh dunia mendapatkan info terkini.

” Kami sedang berusaha untuk mendapatkan penonton dikalangan anak muda yang berminat dalam isu-isu semasa. Ini dapat dilihat menerusi berita-berita yang disampaikan. Malah, menerusi program-program lain juga. Tonton bukan sahaja antara rakan kongsi kami yang memainkan peranan utamanya tetapi tonton juga menjadi satu platform untuk menyampaikan maklumat secara telus di mana-mana sahaja.” Katanya.

Menurut Pengarah Tonton, Pelesenan Dan Pembarangan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Airin Zainul berkata, menerusi pertukaran maklumat yang semakin berkembang, kerjasama ini adalah sesuatu yang baik untuk rakyat Malaysia mengetahui hal ehwal semasa. 

” Kami yakin, kerjasama ini akan memperluaskan lagi pihak DW ke peringkat seterusnya disamping dapat meningkatkan jumlah tontonan. Lebih-lebih lagi tonton kini boleh diakses tanpa sebarang kos kepada pengguna.” Tambahnya.

Kedua-dua DW berbahasa inggeris dan DW VOD boleh didapati di tonton bermula 15 Oktober 2018. Atau, boleh menonton di aplikasi tonton www.tonton.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 5 Aug 2018

Yana Samsudin Tidak Mahu Bersalaman Kenapa?

Yana menjaga batas pergaulan dengan bukan muhrim itu mendapat pujian apabila netizen menyokong apa yang dibuat Yana

Hiburan Thu, 13 Dec 2018

Hamil Anak Kedua, Ini Harapan Tya Ariffin…

Tya juga memaklumkan tidak mahu ramai anak. Cukup dua atau tiga sahaja, memadai baginya dan suami…

Featured Mon, 8 May 2023

Beli Rumah Jutaan Ringgit, Nabila Razali Akui Tahan Nafsu Berbelanja

Tahniah Bella! Cantik bethul rumah💖💖💖

Featured Fri, 4 Nov 2022
Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Video Lucah Tular, Ini Jawapan Zul Arrifin!

Teknologi sekarang makin canggih. Selapas ahli politik, Zul Ariffin pula menjadi mangsa ‘DEEPFAKE”.

Featured Mon, 23 Aug 2021

“Kalau Ada Yang Patah Hati, Tolong Maafkan Saya”- Remy Ishak

Berita pernikahan Hero Malaya, Remy Ishak ternyata mengundang reaksi ramai peminat wanita terutama di laman sosial. Ramai dilihat yang terhibur dengan pelbagai reaksi yang ditonjolkan oleh para peminat Remy. Terbaru, menerusi video yang dimuat naik […]