‘Kejoraku Bersatu’ Bawa Tuah…Apex Dinobat Juara Minggu Ke-5 Mentor Milenia 2019!

“Ini merupakan satu wake-up call untuk kesemua protege yang berada di sini. Tak semestinya anda juara minggu lepas, anda terbaik untuk minggu ini atau minggu yang akan datang. Anda semua perlu berusaha dan sentiasa merendah diri kerana semua ada kelebihan masing-masing,” kata mentor Akim Ahmad kepada Sharee Lopes selepas menyaksikan Apex Tajudin, protege kepada Hazama dinobat sebagai juara mingguan pada Ahad lepas.

Battle ​Mentor Milenia 2019 bermula dengan Aedy Kama, protege kepada Black yang menyanyikan lagu Rindu Bayangan (penyanyi asal Jay Jay) bertembung dengan Sharee Lopes, protege kepada Akim yang menyanyikan lagu ​Ikut Rentakku ​(penyanyi asal Jaclyn Victor).

Nasib menyebelahi Sharee Lopes yang memenangi ​battle ​kerana undian penonton menempatkan beliau di ​top 5​.
Seterusnya ​battle ​di antara Ryan Que, protege kepada Akim telah menyanyikan lagu ​She Will Be Loved (penyanyi asal Maroon 5) sementara Daus Husny, protege kepada Ernie Zakri berjaya membawakan lagu Sumpah ​(penyanyi asal Naim Daniel). Daus Husny yang sememangnya hebat dari segi persembahan dan stage-control​ telah tewas kepada Ryan Que apabila para juri memilih beliau menang untuk battle kali ini.

Malam ​battle diteruskan di antara protege Black, Bulan yang menyanyikan lagu ​Hanya Rindu ​(penyanyi asal Andmesh) dan protege Stacy, Rika Riana yang membawakan lagu ​Perasaanku ​(penyanyi asal Fiya Julia). Persaingan antara kedua mereka amat sengit. Masing-masing telah menunjukkan kebolehan tersendiri sehingga menyukarkan pihak juri untuk membuat keputusan. Akhirnya undian penonton telah mengangkat Rika Riana sebagai pemenang.

Hati Terluka ​(penyanyi asal Billy Zulkarnain) yang dibawakan oleh Yazrul Arrep, protege kepada Ernie Zakri telah bersaing sengit dengan Apex Tajudin, protege kepada Hazama yang membawa lagu ​Kejoraku Bersatu (penyanyi asal kumpulan Search). Nasib menyebelahi Apex Tajudin apabila berjaya meraih dua kemenangan iaitu juara ​battle d​an juara mingguan pada minggu lalu.

Battle ​terakhir Mentor Milenia minggu lalu telah menyaksikan Arayn Malik, protege kepada Hazama menyampaikan lagu ​Papa Mama Larang ​(penyanyi asal Judika) dan Remy Manaf, protege kepada Stacy dengan lagu​ Hajat (​penyanyi asal Hael Husaini). Walaupun persembahan Remy Manaf penuh bertenaga, tetapi akibat vokal yang kurang memuaskan, pihak juri telah menempatkan beliau bersama Yazrul Arrep, Bulan, Daus Husny dan Aedy Kama di ​kedudukan lima terbawah.

Dua yang tercorot dipilih melalui undian penonton ialah Aedy Kama dan Remy Manaf, manakala yang selebihnya masih kekal untuk minggu yang akan datang. Untuk menentukan siapa yang kekal di pentas Mentor Milenia, Aedy Kama dan Remy Manaf telah membawakan lagu legenda daripada kumpulan Search iaitu Isabella. Ternyata Remy telah tewas di tangan Aedy Kama dan membuatkan dirinya tersingkir.

Mentor Milenia dibawa khas oleh penaja utama ​KFC, Sedap Hingga Menjilat Jari ​dan penaja bersama, OPPO A9 2020, 48MP Kuad Kamera, 8GB RAM + 128GB ROM​.

Saksikan Mentor Milenia setiap hari ​Ahad​, pukul ​9.00 – 11.30 malam selama 10 episod dan dihoskan oleh Shuk Sahar, Elly Mazlein ​dan ​Zetty (Hot FM)​. 

Del14