Hiburan By: Khairil Khusyairi October 12, 2022 @ 3:20pm

Percutian Mewah Jadi Bualan, Ini Respons Nazim Othman

Pelakon Nazim Othman memberitahu percutiannya ke luar negara bukanlah semewah seperti yang didakwa netizen.

Nazim atau nama lengkapnya Nushrul Alif Othman berkata perkongsian itu lebih kepada ekspresi dirinya yang gemar melancong dan bercuti ke lokasi menarik.

“Tak adalah sampai tahap ‘kayangan’ atau mewah. Saya macam orang lain juga pergi bercuti dan berkongsi di media sosial. Malah, lokasi percutian pun orang lain ada pergi juga.

“Cuma mungkin mereka melihat percutian saya menjadi luar biasa disebabkan hantaran video yang siap disunting. Itu menjadikan ia lebih menarik. Malah, saya sendiri pun kalau boleh nak paparkan apa yang menarik di tempat percutian itu,” katanya.

Menurut pelakon Kau Cipta Kasih ini dia berkata peluang dapat bercuti akan dimanfaatkan sebaiknya.

“Bagi yang mengikuti saya di media sosial, semua tahu saya jenis yang kuat bekerja. Malah, ada masa berbulan lamanya baru dapat cuti. Itu pun tak lama. Jadi, apabila ada waktu lapang, walau sekejap dalam beberapa hari saja pun, saya usahakan untuk pergi bercuti.

“Sebagai manusia biasa dan macam orang lain juga, tipu kalau kata tak penat bekerja tanpa henti. Jadi, setiap kali dapat peluang bercuti saya manfaatkan sebaiknya. Itu yang saya akan pilih lokasi yang menenangkan jiwa dan minda

“Saya pula memang jenis yang sukakan lokasi percutian tepi pantai dan laut. Ia cukup mendamaikan,” katanya.

Disoal mengenai kos yang dihabiskan setiap kali pergi bercuti, Nazim yang kini berada di Indonesia, berkata, dia tidak pernah meletakkan sebarang anggaran.

“Semua okay-okay saja. Tak ada yang mewah seperti difikirkan pun. Orang lain lagi mewah daripada saya. Cuma, mungkin perkongsian saya itu membuatkan lokasi berkenaan kelihatan mewah dan hebat,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 23 Feb 2019

ArYanti Mahu Jadi JLO Malaysia?

Korang dah dengar lagu Nak Apa Lagi ke belum?

Hiburan Thu, 3 May 2018

‘Terima Kasih Semua’, Yuna Umum Tutup Kedai

Di kesempatan itu juga, penyanyi yang kini menetap di Amerika Syarikat itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantunya sepanjang menjalankan operasi kedai tersebut.

Hiburan Mon, 5 Nov 2018

Penyanyi Ddu-Du-Ddu-Du Datang KL 23 Februari 2019

Wohooo…siapa kat sini excited macam we all? Tak sabarnya!

Featured Sun, 30 Jun 2024
Trending Fri, 6 Nov 2020