Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 6, 2021 @ 9:20pm

Aksi Pecut The Pocket Rocketman Dalam Acara Keirin Paling Ditunggu Rakyat Malaysia

Selepas impian pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom untuk ke suku akhir acara pecut individu lelaki Sukan Olimpik Tokyo tidak kesampaian selepas tumpas di saingan repecharges pada Khamis.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia masih terus memberikan sokongan dan semangat kepada The Pocket Rocketman itu terutamanya bagi acara keirin yang akan berlangsung pada Sabtu.

“Anggap sprint sebagai aksi pemanas badan sahaja…”

Menurut Azizulhasni, saingan acara pecut individu lelaki dianggap sebagai aksi pemanas badan kerana beliau lebih fokus kepada acara keirin yang sememangnya menjadi keutamaan anak kelahiran Dungun, Terengganu ini.

Terdahulu, Azizulhasni, 33, menjelaskan kegagalannya bersama seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut boleh memberikan kelebihan kepada mereka untuk menghadapi acara kegemarannya itu.

“Perancangannya kalau tak dapat mengalahkan Jeffrey Hoogland dan untuk repechages kita tidak akan teruskan untuk menang kerana nak simpan tenaga bagi acara keirin.

“Kalau kita menang repechages, kita ke suku akhir dan kita akan jumpa orang sama semula. Kita akan lumba dua kali, kalau kalah kita akan masuk pusingan lima hingga enam, jadi banyak lagi perlumbaan untuk esok dan kita tak boleh rehat.

“Jangan fikir sasaran pingat tapi fikirkanlah untuk melakukan sebaik mungkin”

Ternyata rakyat Malaysia akur akan kekalahan yang menimpa Azizulhasni dan Shah Firdaus dalam aksi Sprint bagaimanapun, sokongan dan semangat yang diberikan buat The Pocket Rocketman dalam acara keirin yang akan berlangsung pada Sabtu ini menjadi sinar dan harapan buat negara kita.

“Tengku Zafrul pun taknak terlepas aksi Jijoe & Shah…”

Semestinya aksi anak Malaysia ini menjadi perhatian kita semua. Tidak terlepas menyaksikan perlawanan tersebut adalah,  Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz yang setia menonton dan memberikan semangat buat The Pocket Rocketman dan Shah Firdaus dalam aksi Sprint pada Khamis.

Dan, pastinya besar harapan kita seluruh rakyat Malaysia agar mereka membawa pulang pingat emas pada sukan Olimpik Tokyo 2020 kali ini.

Apapun, berikut merupakan tarikh penting perlawanan yang menyaksikan Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus dalam acara favourite mereka esok.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Jan 2018

Kes ‘Van Putih’ Hanya Rekaan Pelajar

Kes ‘Van Putih’ kini ligat mencari mangsa culik di kalangan kanak-kanak menggemparkan rakyat Malaysia dimana ibu bapa masing-masing mula ketakutan tentang keselamatan anak-anak

Trending Mon, 22 Jan 2018

5 Trik Oversized Shirt

Kemeja dengan ukuran besar atau oversized shirt sentiasa menjadi item pilihan penggemar fesyen tidak kira bagi mereka yang memiliki badan besar mahupun bertubuh kecil.

Featured Sun, 15 Oct 2023

“Saya Tak Pernah Mengemis! ”- To’ki Beri Respons Isu Dituduh ‘Amuk’ & Keras Kepala

Alahai kesiannya😥 Moga urusan To’ki dipermudahkan dan dimurahkan rezeki 😟

Trending Wed, 19 May 2021

Bosan Tak Dapat Menziarah Syawal Ini? Jom Tengok Banyak Filem Best di tonton CINEMA!

Pada tahun ini, sekali lagi kita menyambut kedatangan Syawal dengan suasana norma baharu. Biarpun kemeriahan ziarah menziarah tidak dapat dirasakan, kehadiran Aidilfitri harus disambut dengan penuh kesyukuran dalam kesederhanaan! Bosan duduk di rumah dan tak […]

error: Content is protected !!