Trending By: Salma Syahbuddin August 7, 2020 @ 4:43pm

Jemaah Dikesan Kontak Rapat Kluster Sivagangga, Surau Al-Jannah Di Shah Alam Diarah Tutup

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad, semua operasi surau termasuklah solat fardhu Jumaat, solat fardhu lima waktu berjemaah dan aktiviti pengimarahan masjid di Surau yang terletak di Seksyen 23 itu diarahkan tutup serta-merta.

Malah, kelas Al-Quran dan fardhu ain (KAFA) yang beroperasi di surau tersebut turut diarahkan tutup.

Kontak rapat kluster Sivagangga

Langkah ini diambil susulan salah seorang jemaah surau itu dikesan mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 berkaitan kluster Sivagangga.

Manakala, hanya tiga petugas jawatankuasa dibenarkan untuk memimpin solat fardhu berkenaan.

Tunggu Kebenaran pihak JAIS

Tambahnya lagi, surau itu hanya boleh beroperasi semula selepas mendapat kebenaran daripada pihak JAIS.

Selain itu, jawatankuasa surau juga diminta memastikan individu yang berkenaan menjalankan saringan Covid-19 dan melaporkan keputusan itu kepada JAIS.

Seluruh kawasan surau dan sekolah juga diarahkan untuk disanitasi serta merta.

“Kita juga mengarahkan jawatankuasa surau untuk sentiasa memantau rapat perkara ini dan mengingatkan para jemaah dan ahli kariah untuk meningkatkan langkah-langkah pencegahan,” Katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Dec 2021

Pengarah Mr Millennium Akui Sukar Realisasi Babak Era 60-an

Pengarah drama Mr Millennium, Azmi Hata mengakui cabaran semasa sesi penggambaran bagi drama itu sukar kerana mempunyai genre komedi dan penggambaran untuk babak era 60-an. Mengulas cabaran sepanjang sesi penggambaran, Azmi memuji pelakon yang mampu […]

Featured Tue, 24 May 2022

“Benda Itu Terlalu Murah…” – Meerqeen Tolak Gimik Untuk Promosi Drama

Betul cakap Meerqeen, penonton nak tengok drama bukan nak tengok gimik…

Trending Tue, 28 Nov 2017

Hujan Lebat Kategori Bahaya Bagi Negeri Pantai Timur

Memandangkan sekarang musim hujan, negeri Pantai Timur antara lokasi yang diramalkan bakal menerima hujan lebat kategori bahaya. Malaysian Meteorological Department telah megeluarkan amaran tentang bahayanya hujan lebat yang bakal turun

Featured Sat, 4 Feb 2023
Featured Tue, 4 Oct 2022
Trending Thu, 27 Aug 2020

Tidak Perlu Catat Dan Simpan Suhu Badan

Ingat, jangan malas patuh SOP!