Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 12, 2023 @ 4:33pm

Perjelas Spekulasi Babitkan Gosip Panas Meerqeen, Anna Jobling ‘Malas’ Ambil Kisah – “Bukan Tanggungjawab Saya Untuk Cakap Pasal Dia”

Enggan memberikan komen lanjut mengenai isu panas membabitkan teman tapi mesranya, Meerqeen, pelakon Anna Jobling menegaskan dia tidak mengetahui perkara sebenar tentang isu tular tersebut.

Katanya menerusi temu bual bersama program Melodi, apa yang berlaku tidak ada kena mengena dengan dirinya termasuklah dakwaan ciapan di platform X yang mengatakan hubungannya bersama Meerqeen kini goyah.

ARTIKEL BERKAITAN:”Puzzle Completed” – Padam Foto Bersama & Ciapan Cetus Tanda Tanya, Anna Jobling Beri ‘Hint’ Hubungan Dengan Meerqeen Goyah?

ARTIKEL BERKAITAN:Katanya Ada Ramai Saksi… Pelakon Wanita Popular Didakwa Bercium Dengan Pelakon Lelaki Di Kelab Malam?

Menurut Anna, dia kini mahu fokus dengan karier seninya apatah lagi dia sedang sibuk menjalankan penggambaran di Bali, Indonesia.

“Sebenarnya saya takde komen apa-apa pasal apa yang berlaku. Saya sendiri tak tahu details, i don’t know what happen sebab saya dekat sini (Indonesia) shooting je sepanjang masa, jadi memang saya tak tahu apa-apa.

“Saya nak fokus karier kerana masih panjang lagi perjalanan saya dalam industri ni. So, macam banyak lagi benda nak kena fokus berbanding hal tersebut,” katanya.

Bukan tanggungjawab saya nak cakap bagi pihak Meerqeen

 

Dalam pada itu, Anna atau nama penuhnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, menjelaskan, bukan tanggungjawabnya untuk memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku terutamanya perkara yang melibatkan Meerqeen.

“Saya  dah sampai satu tahap yang this is the last time saya akan jawab pasal isu yang melibatkan dia. It’s not my responsibility nak cakap on behalf of him. Ini tak ada kena mengena dengan saya. If semua orang nak tahu pasal benda tu betul atau tak, anda kena tanya sendiri kepada mereka yang terlibat.

“Saya dah biasa dengan sesiapa pun yang buat assumption dengan saya, nak tweet saya akan tweet randomly. Sometimes, bila saya tweet itu tak ada kene mengena dengan apa yang berlaku. Saya dengan orang yang terdekat sahaja tahu apa yang saya buat,” jelasnya.

Mengulas lanjut, pelakon yang popular menerusi drama rantaian Melur Untuk Firdaus ini juga sempat menitipkan pesanan bahawa sebagai seorang artis, pastinya  tidak terlepas dari melakukan kesilapan, namun yang paling penting adalah bagaimana cara untuk seseorang artis  itu mengelak dari terus melakukan kesilapan sama.

“Secara general untuk semua, saya rasa kalau anda serius dalam industri ni you wanna make your family proud, fans proud and felt like you ada tanggungjawab tu cuba jaga nama you dengan sebaik mungkin. 

“Kita kena ingat as an artist privacy tu dah tak ada dah.We belong to the public so everwhere you go orang akan kenal, just jaga nama baik. Tak ada siapa yang  perfect, semua orang buat silap but for me it’s how you move on from mistakes dan elak daripada buat mistakes,” ujarnya.

Mohon doakan yang baik-baik & harap isu panas selesai

Sementara itu, ketika ditanya bilakah kali terakhir dia berhubung dengan Meerqeen, Anna bagaimanapun enggan menjawab pertanyaan terbabit.

Malah, dia berharap agar peminat terus mendoakan yang terbaik dan isu panas ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

“Kali terkahir berhubung dengan meerqeen? Itu adalah personal, tapi tentang isu panas ni saya tak tanya apa-apa.

“Masing-masing sibuk dengan kerjaya seni. Jadi saya mohon doakan yang baik-baik je untuk semua dan harap isu ni selesai dengan sebaik mungkin,” katanya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Oct 2022
Featured Tue, 13 Nov 2018

Apa Bezanya Cappuccino, Latte dan Mocha? Nampak Macam Sama Kan? Ini Jawapannya!

Perbezaan ketiga-tiga kopi ini terletak pada bancuhan bahan utamanya iaitu espresso dan susu serta bahan tambahan seperti koko, coklat, ais, gula dan vanilla.

Featured Mon, 11 Oct 2021

Siti Nordiana, Ben Amir, Haqiem Rusli Antara Artis Yang Raih Undian Tertinggi, Jom Semak SENARAI PENUH Calon Top 5 ABPBH 34

Bahang kehangatan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 semakin dirasai apabila finalis bagi 14 kategori utama dan empat kategori online diumumkan ketika majlis Pengumuman Malam Kemuncak ABPBH 34 yang bersiaran secara langsung melalui […]

Featured Thu, 5 Jun 2025
Hiburan Thu, 31 Oct 2019

Penyanyi Popular Ini Sebenarnya Protege Black?

Jangan lupa saksikan Mentor Milenia 2019 Ahad ni tau?

Featured Tue, 29 Aug 2023
Hiburan Thu, 2 Jan 2025
error: Content is protected !!