Hiburan By: Salma Syahbuddin April 9, 2018 @ 10:56am

Persembahan Terbaik Protege Curi Perhatian Juri!

Kehangatan pentas Mentor Otai semakin dirasai apabila konsert ketiga memperlihatkan penyingkiran Ayie yang juga protege kepada Mentor, Siti Sarah. Namun, pada kali ini Mentor Otai sekali lagi membawakan malam konsert dengan tema lagu-lagu yang dipetik daripada Anugerah Juara Lagu.

Malam konsert Mentor Otai pada kali ini telah dimulakan dengan persembahan mantap daripada Azlan and The Typewriter dengan lagu, Lagu Untukmu yang berjaya merangkul Anugerah Juara Lagu ke-23 pada tahun 2008. Seterusnya, persembahan turut dihangatkan lagi dengan persembahan Aj iaitu protege kepada mentor Tam Spider dengan membawakan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini. 

Ternyata persembahan AJ kali ini mendapat perhatian daripada juri tetap apabila keseluruhan komen yang diterima sangat positif. Bagi Edry, kawalan vokal, pitching dan persembahan yang ditunjukkan oleh AJ  sangat power! Manakala, menurut Mark Adam pula, keseluruhan persembahan yang ditunjukkan oleh AJ sangat baik tetapi, wardrobe yang dikenakan ketika persembahan tersebut tidak menepati citarasa beliau.

Antara persembahan yang berjaya mencuri perhatian adalah, persembahan Elvira dengan lagu Gemilang nyanyian asal Jaclyn Victor. Bagi Edry, persembahan Elvira sangat cemerlang. Namun, beliau kena menghabiskan setiap ayat dalam lagu tersebut. Kerana, menurut Edry setiap penyanyi itu haruslah menghabiskan ayat atau bait-bait kata dalam setiap lagu yang disampaikan. Tetapi menurut Mark Adam, Elvira banyak improve dalam penghayatanlagu yang dibawakannya.

Manakala, Azee pula sempat mendendangkan lagu yang pernah dipopularkan oleh Zaiton Sameon dengan lagu Menaruh Harapan. Bagi juri tetap Edry, beliau sangat gembira dengan persembahan yang ditunjukkan oleh Azee. Keranapersembahan dan dendangan lagu Menaruh Harapan ini mempunyai muzik arrangement yang baik sekali. Dan, menurut Edry juga,  rasa yang ditunjukkan menerusi lagu tersebut turut dirasai oleh penonton yang hadir.

Selain Azee, Irwan juga mendapat komen yang positif daripada juri tetap. Namun, juri mengingatkan bahawa protege Tam ini mestilah konsisten dalam setiap persembahan beliau. Menyanyikan lagu Pada Syurga Diwajahmu, Irwan berjaya meraih undi daripada juri awam sebanyak 19 markah.

Walaupun, protege setiap mentor telah membuat persembahan sebaik-baiknya, namun itu bukanlah alasan untuk tidak ada penyingkiran pada minggu ke-4 ini, kerana Azran telahpun disingkirkan pada minggu ini. Menurut juri, Azran kelihatan rushing dan tidak mendengar tempo lagu yang dinyanyikan dengan baik. Malah, menurut juri tetap juga, penyampaian vokal semasa menyanyikan lagu Potret dianggap tidak kena dan lakonan Azran juga dilihat telah mengatasi persembahan nyanyian beliau.

Kepada penonton danpeminat setia mentor Otai yang tidak dapat menyaksikan konsert paad malam tersebut, anda bolehlah menonton siaran ulangan secara tayangan HD di tonton!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Apr 2019

2019《中国新说唱》全球选拔赛!马来西亚预选赛420举行

第二季《中国新说唱》2019全球选拔赛!马来西亚预选赛4月20日,,招揽大马说唱爱好者参与其盛!

Hiburan Mon, 2 Sep 2019

‘Ya Allah Bersihnya Muka Dia…’- Ashraf Muslim Kongsi Pengalaman Terindah Di Tanah Suci

Beruntung sungguh Ashraf…doakan kesejahteraan kami di sini ya! 

Featured Fri, 3 Jun 2022

[VIDEO] “Nampak Pondan Sikit Terus Ketawa…” – Solat Di Surau, Lelaki Lembut Terkilan Kena Ejek

Sepatutnya kita kena bagi sokongan dekat mereka bukannya perlekeh usaha mereka nak beribadah 😑 Apapun teruskan beristiqamah…

Hiburan Mon, 13 Nov 2023

Isu Boikot, Fasha Sandha Selesa Tak Beri Komen Lanjut – “Terus Doakan Mereka”

Fasha mohon orang ramai tak henti titip doa untuk mereka di Palestin.

Hiburan Fri, 12 Jul 2019

Izzue Islam Nekad Keluar Zon Selesa

Insha Allah lagu ini boleh didengarkan pada pertengahan Ogos nanti!

Featured Fri, 28 Oct 2022