Pertama Kali Jadi Duta Periuk, Siti Nurhaliza Pecah Rekod Peribadi

Penyanyi terkenal Dato Seri Siti Nurhaliza teruja apabila buat pertama kalinya beliau menjadi duta periuk tahan lekat, Vantage.

Menurut penyanyi berusia 39 tahun ini, sebagai seorang wanita yang gemar memasak, beliau menganggap peluang ini sebagai ‘rezeki terpijak’.

“ Kalau anda mengikuti perkembangan saya di Instagram, sudah tentu anda tahu saya memang gemar ke dapur dan menyediakan juadah enak buat keluarga.

“ Ketika mula-mula ditawarkan menjadi duta periuk tahan lekat, Vantage, saya memang cukup seronok kerana ini merupakan pengalaman sulung sepanjang bergelar selebriti,” katanya kepada xtra.com.

Siti ditemui di majlis menandatangani kontrak sebagai duta jenama tersebut di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Tambah ibu kepada Siti Aafiyah ini, sebagai seorang isteri yang bekerjaya, sudah tentu dia memerlukan peralatan yang memudahkan kerja memasak.

“ Periuk tahan lekit adalah pilihan saya ketika di dapur. Saya amat mementingkan kualiti masa dan hidangan.

“ Lebih menggembirakan, saya turut dihadiahkan sebuah periuk berukuran 44 cm, baru-baru ini dari pihak Vantage.

“ Saya percaya bukan saya seorang sahaja yang gembira bila dihadiahkan perkakas memasak kerana wanita di luar sana juga pasti berasa hal yang sama,” akhirinya.

SGMS Faida