Events By: SGMS Faida July 29, 2019 @ 2:40pm

Pertama Kali Turun Jom Heboh, Ini Reaksi Ac Mizal!

Datuk Mizal Dato’ Zaini, atau lebih dikenali sebagai Datuk AC Mizal telah menggemparkan Karnival Jom Heboh, Johor Bahru. Beliau telah hadir bersama Izzue Islam, Oktovia Manrose, Armada Ammar, dan Emelda Rosemila untuk mempromosikan program sitcom terbaharu TV3, Pop Yeah Yeah.

Datuk AC telah mengambil alih Konsert Kom Heboh malam kelmarin daripada Fizi dan Muaz ketika slot persembahan Kugiran Masdo. Suasana Karnival Jom Heboh malam kelmarin bertambah riuh apabila Datuk AC Mizal membuat persembahan solo dan berduet bersama Masdo dengan lagu ‘Dinda’ di pentas utama karnival tersebut.

“Sejujurnya saya merupakan peminat Kugiran Masdo kerana setiap ahlinya mempunyai karakter mereka masing-masing. Tambahan pula, mereka memperjuangkan irama Pop Yeh Yeh, yang mana sebagai seorang penyanyi, saya amat mengagumi semangat kumpulan itu untuk menghidupkan kembali fenomena muzik zaman 60-an.

“Saya berasa amat berbesar hati ketika pihak TV3 sudi menjemput saya untuk mempersembahkan lagu tema Sitkom Pop Yeah Yeah, ‘Jefri Dom’ di atas pentas, diikuti pula dengan peluang untuk bergandingan bersama Masdo, dengan lagu mereka, ‘Dinda’.

“Dengan peluang itu, saya dapat melihat ramai pengunjung Karnival Jom Heboh ini, terhibur dan tersenyum. Itulah niat saya sebagai seorang penghibur selama 28 tahun, iaitu untuk menghiburkan pengunjung dan penyokong setia industri hiburan tanah air.” Ujar Datuk AC Mizal ketika ditemu ramah di Karnival Jom Heboh, hari ini.

Tambahnya lagi, “Ini merupakan kali pertama saya hadir ke Karnival Jom Heboh, itu sahaja sudah membuatkan saya teruja untuk hadir. Tambahan pula saya hadir untuk mempromosikan sebuah sitkom yang bertemakan zaman 60-an, makin bertambah teruja saya untuk hadir.

“Terutamanya setelah saya membuat persembahan lagu tema Pop Yeah Yeah, malam kelmarin, semalam saya bersama barisan artis lain mengadakan ‘flash mob’ dengan tarian lagu Jefri Dom tersebut bersama para pengunjung Jom Heboh ini. Bagi saya, ini merupakan cara promosi yang luar biasa. Terima Kasih kepada TV3, dan saya berharap agar para peminat TV3 akan menggemari Pop Yeah Yeh, yang akan mula bersiaran pada 3 Ogos nanti.” katanya.

Pop Yeah Yeah merupakan sebuah rancangan sitkom 30 minit selama 20 episod yang menampilkan Datuk AC sebagai Jefri Dom. Jefri Dom merupakan seorang pengusaha kafe yang pernah hidup pada zaman 60-an dan masih berasa relevan pada masa ini. Jefri Dom mempunyai beberapa orang pekerja kafenya, iaitu Amira, Ali, Leman dan Nasir. Mereka berlima akan membincangkan pelbagai topik-topik hangat pada masa ini bersama beberapa artis jemputan, setiap episod.

Ingin bergelak ketawa seperti pada zaman 60-an? Jangan lupa saksikan ‘Pop Yeah Yeah’ yang akan bersiaran pada setiap hari Sabtu, pada pukul 9 malam di TV3. Dapatkan maklumat lanjut Pop Yeah Yeah di laman media sosial Facebook, Instagram dan Twitter @TV3Malaysia serta portal infotainment rasmi, xtra.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Tue, 25 Oct 2022
Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Hanya Mimpi Beri Inspirasi Buat Caliph Buskers

Selamat mendengar lagu Hanya Mimpi

Hiburan Wed, 18 Aug 2021

“Terubat Rindu…” – Kongsi Video Terbaru Sambal Jawa ‘My Style’, Instagram Siti Sarah Akan Kekal Aktif

Akaun Instagram milik Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang mempunyai lebih 2.8 juta pengikut akan kekal aktif untuk tatapan peminatnya. Difahamkan, akaun terbabit kini dikendalikan oleh ahli keluarga Allahyarham dan akan berkongsi segala perkembangan terkini empat

Hiburan Fri, 24 Aug 2018

Gambar Bogel Mirip Anak Tular, Che Ta Lapor SKMM

Ammar baru dapat tahu mengenai penyebaran gambar itu hari ini. Disebabkan itu, Ammar dan pengurus saya sudah buat laporan kepada pihak SKMM.

Trending Fri, 4 Dec 2020
Featured Thu, 1 Sep 2022
Hiburan Thu, 29 Nov 2018
Featured Sun, 19 Mar 2023
Featured Fri, 20 May 2022

| Live TV