Categories: HiburanSelebriti

‘Pilih Dia Bukan Sebab Wang’- Intan Najuwa

Pelakon Intan Najuwa bersyukur ditemukan dengan Razrul Anwar Rusli yang amat memahami dan penyayang dan kini bergelar tunangnya.

Menurut Intan, tunangnya merupakan ahli perniagaan yang kini berusia 38 tahun.

“Lelaki di sebelah saya ini banyak memberikan inspirasi dalam hidup saya untuk menjadi lebih baik setiap hari.

“Dia seorang yang penyayang, memahami dan merupakan individu yang banyak menyokong kerjaya saya,” tulisnya di Instagram.

Sementara itu, Intan nafi memilih lelaki itu kerana berdasarkan kekayaanya.

“Saya terima banyak komen hari ini. Duit? Sini saya beritahu kamu semua, cinta saya bukan disebabkan wang. Ia hadir atas dasar hormat, bertolak-ansur, penyayang dan percaya antara satu sama lain,” tulisnya di Instagram.

Tambah Intan, Razrul masih bujang dan bukan berstatus duda. 

Menurut pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri Kekasih Paksa Rela itu, dia dan Razrul bermula sebagai kawan kira-kira setahun lalu.

“Saya mula melihat keserasian kami berdua selepas hubungan kami menjadi serius. Hati saya terbuka untuk menerima lamarannya kerana sikap matang yang ada padanya. Dia juga turut memahami agenda seni saya yang padat,” katanya kepada Harian Metro.

 

Majlis pertunangan Intan dan Razrul berlangsung di Hotel Thistle, Johor Bahru dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan teman rapat. 

SGMS Faida