Podcast Dianggap ‘Spill The Tea’ & Buka Cerita ‘Lama’ Artis, Ini Respons Amelia Henderson – “Saya Tak Pernah Paksa Demi Raih Kontroversi”

Pelakon Amelia Henderson menolak dakwaan kononnya podcast ‘Studio Sembang’ miliknya dikatakan ‘Spill The Tea’ dek kerana topik yang dikupas adalah berdasarkan cerita lama artis.

Amelia berkata, Studio Sembang yang kini meraih lebih 21, 000 pengikut di laman Youtube itu adalah  platform untuk rakan-rakan artis berkongsi ruang dan peluang  menyebarkan mesej yang positif kepada orang ramai, termasuklah kisah kehidupan dan pengalaman mereka dalam bidang yang diceburi.

“Saya rasa Studio Sembang ni apa yang saya cuba nak ceritakan ataupun buat dekat situ adalah memberi tetamu jemputan saya ruang dan peluang untuk berkongsi dan bercakap padal kehidupan mereka dengan tujuan utnuk menyebarkan mesej yang positif.

“Sebab saya rasa semua orang yang saya panggil setakat ini adalah orang yang sangat berpengalaman dan berilmu dalam apa-apa yang mereka buat. Dan sebagai rakan, saya sendiri sudah menerima banyak pelajaran daripada mereka untuk dikongsi sebagai satu mesej yang positif,” katanya.

Amelia ditemui pada Malam Gala dan Tayangan Filem Didi & Friends The Movie yang berlangsung di GSC Starling Mall, Petaling Jaya baru-baru ini.

Sementara itu, pemilik nama Amelia Thripura Henderson, 27, menjelaskan, segala topik yang dibincangkan dalam program tersebut adalah berdasarkan persetujuan tetamu jemputan.

 

Bahkan, selaku Penerbit Eksekutif, dia menegaskan tidak pernah memaksa atau mengawal apa yang bakal keluar dari mulut tetamunya semata-mata mahu meraih perhatian ataupun kontroversi.

“Bila saya tanya mereka pasal kehidupan mereka, saya serius tak pernah kawal ataupun you know like push untuk dapatkan topik kontroversi.

“Sebaliknya bila shooting Studio Sembang, saya akan hantar the final cut, saya akan hantar semua klip kepada sesiapa yang pernah jadi tetamu jemputan saya like it is mutual editing.

“Saya tidak mahu meletakkan tetamu saya dalam apa jua situasi dimana saya akan publish anything tanpa persetujaun mereka. Bagi saya, ia sangat penting terutamanya topik yang dibincangkan adalah pasal personal life mereka,” jelasnya.

Salma Syahbuddin