Saling Berbalah Di Instagram, Bekas Tunang Bongkar Perbuatan Toksik Zarina Anjoulie? – “Gambar B*g*l Bersepah!”

Pertelingkahan antara pelakon, Zarina Anjoulie dan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Ezley nampaknya sehingga kini masih berlarutan.

Malah, mereka masing-masing meluahkan perasaan dan saling berbalah mempertahankan diri berdasarkan beberapa hantaran di media sosial.

Terkini, menerusi sebuah status di TikTok milik Khazrul, dia mendedahkan perbuatan Zarina atau lebih mesra disapa Anju satu persatu serta melabelnya sebagai wanita toksik.

“Tak payah lah acah suci walhal diri tu penuh kekotoran. Adik sendiri pun dia pukul kepala dengan handphone. Mak dia sendiri halau dia keluar dari rumah tu banyak kali dah sebab biadap can chemical women.

“Kalau anak sendiri dimaki hamun dengan perkataan babi dan sial dari mulut sendiri, manalah anak tu nak rapat dengan ibu. Hari-hari anak tu tidur dengan nenek sebab mak dia toxic! Banyak lagi kisahnya kalau nak cerita, kita buka sikit dulu. Nak sangat kan,” katanya.

Sebelum ini, Anju pernah mendedahkan bahawa Khazrul berhutang dengan kontraktor rumah sebanyak RM8,000 berhubung pembinaan pagar di kediaman rumahnya.

Namun begitu, Khazrul berkata dia tidak kisah seandainya pagar tersebut mahu dirobohkan.

“Panas nampak? Hello dear pagar tu sila robohkan je tak ada isu lain ke nak petik? Dah pokai ke duit nak sambung? 8k? Hahaha better i sedekah pada orang lain dari melayan benda bodoh dengan you ni.

“Mula kata tak nak lepastu nak sambung then mintak 8,000. Dah miskin samgat ke tu? Tak ada duit nak bayar sewa ke? Rasakan bila orang buka aib you macam mana,” dedahnya.

Dalam masa yang sama, Khazrul meluahkan kata syukur atas pertunangan mereka yang berakhir di tengah jalan selepas pelbagai perkara terbongkar mengenai Anju.

“Cincin tunang. cincin nikah aku bagi free semua. Jangan bertambah jadi bodoh dan bebal. Juallah barang-barang itu semua sambung buat pagar. You sambung lah buat pagar, tak mampu sila robohkan!

“Allah tunjuk awal dua minggu bertunang kemudian putus. Syukur.. Selisih malaikat 44 tak nak dah jumpa orang macam puaka ni mulut jahat hati kotor. Search google bersepah gambar bogel. Manusia tak ada adab! Cermin diri sendiri sebelum nak buka aib orang.. Jangan meroyan kuat sangat..,” akhirnya.

Sementara itu, menyedari imejnya kini telah tercalar, Anju di Instagram mendedahkan mesej peribadi dari individu yang mendakwa dirinya mangsa kepada bekas tunangnya itu.

Artikel Berkaitan: “Saya Pernah Dipukul” – ‘Tabur’ Duit Pada Wanita, Individu Dakwa Pernah Jadi ‘Mangsa’ Bekas Tunang Anju?

Aqilah Paharuzi