PU Riz Hadiahkan Gelang Tangan Sepadan Dengan Cincin Sempena Hari Lahir Neelofa Ke-34 – “Tiada Satu Tanggungjawabnya Boleh Dipersoal Kerana…”

Selebriti popular, Noor Neelofa meluahkan rasa syukur terhadap kehadiran suami tercintanya, Haris Ismail yang sentiasa membahagiakan isteri dan setia.

Bersempena dengan sambutan ulang tahun pengacara dan usahawan terkenal ini, Haris atau lebih mesra disapa PU Riz itu menghadiahkan gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwinnya.

Di kesempatan itu, selebriti berusia 34 tahun ini mengharapkan agar rumah tangga dan keluarga mereka dikurniakan ketenangan dan kesejahteraan.

“Jazakallah Khairan buat suamiku atas segala bimbingan, kasih sayang dan prihatin dalam setiap hal.

“Tiada satu pun tentang tanggungjawab yang boleh dipersoal kerana insan ini dari hari pertama perkahwinan sehingga sekarang penuhi segalanya dengan baik dgn izin Allah.

“Saya tak pernah meminta itu dan ini tetapi masyaAllah ,selalu cuba untuk bahagiakan isterinya. Istimewa hari lahir, dihadiahkan gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwin, terima kasih suamiku. Semoga Allah swt sentiasa kurniakan ketenangan , kebahagiaan, kesejahteraan dalam keluarga kita,” katanya.

Neelofa dan PU Riz berkahwin pada 27 Mac 2021 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Bilal, setahun.

Aqilah Paharuzi