Hiburan By: Khairil Khusyairi October 16, 2023 @ 6:20pm

Puteri Sarah Diganggu Akaun Palsu Guna Nama ‘Mastura’ Sejak Ogos, Netizen Dapat ‘Track’ Lokasi Dari Alamat IP – “Sudahlah…Nampak Macam Meroyan”

Aktres Puteri Sarah Liyana mendedahkan terdapat akaun palsu yang sering menganggunya di setiap hantaran di media sosial terutamanya di Instagram (IG).

Menurut Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, akaun palsu dengan menggunakan nama ‘Mastura’ itu sering meninggalkan komen berbaur provoke kepadanya.

“Ada di IG saya. Sekarang pun kalau tengok memang ada. Setiap posting saya mesti ada.

“Akaun palsu nama ‘Mastura’. Posting terbaru saya pun ada. Saya memang tak tahu siapa dia. Setiap posting saya mesti ada dia

“Dia akan komen yang berbaur seperti ‘provoke’ saya di setiap posting. Tapi bagi saya menghiburkan sebab setiap kali dia komen tak masuk akal dan kelakar. Netizen pun serang dia balik,” kongsinya kepada XTRA.

Dedah Sarah lagi, akaun palsu tersebut mula menganggunya sejak Ogos lalu yang sering meninggalkan komen kurang senang terhadapnya biarpun kini sudah ‘move on’.

“Sejak bulan Ogos lagi, cara dia cakap macam sesuatu, dia ada kata dia terlebih dahulu baca saman saya lah, cakap saya masih tak ‘move on’. Yang serang saya adalah si Mastura itu sehingga hari ini

“Sesiapa yang ada di sebalik akaun palsu itu…muncullah. Sudah-sudahlah, sebab nampak macam meroyan dan tak betul.

“Tak habis-habis walaupun saya memang dah ‘move on’ dah. Dah sibuk bekerja tetapi masih ada lagi,” ujarnya.

Dalam pada itu, bekas isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof ini turut mendedahkan ada pengikutnya menjadi perisik bagi menyiasat siapakah disebalik akaun palsu ‘Mastura’ tersebut.

Tambah Sarah, dia juga mengetahui alamat IP (Internet Protocol) dan lokasi pemilik akaun palsu tersebut.

“Belum lagi bagi maklumat, tapi dia beri saya alamat IP dan cuma bagi lokasi. Lokasi adalah di kawasan Selangor.

“Saya tahu lah lokasi itu, daripada lokasi tersebut saya dapat agaklah. Nasib baik saya ada netizen yang nak membantu saya sebab dia juga nampak setiap posting saya dari Ogos mesti hina dan provoke saya,” kongsinya.

Ibu kepada dua cahaya mata ini mengakui turut terkesan pada mulanya namun menjadi kelakar apabila individu tersebut seolah-olah meroyan.

Puteri Sarah juga tidak menolak sekiranya individu tersebut adalah orang terdekat kerana sering menyentuh perihal peribadi.

“Pada mulanya saya sakit hati juga, lama-lama menghiburkan si Mastura ni. Dia macam menggunakan saya sebagai tempat nak lepaskan geram dia.

“Entah geram pada siapa sebab apa yang dia cakap tak masuk akal.

“Netizen luar dia takkan sentuh personal saya, ni mesti orang yang betul-betul kenal saya,” tutupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah Terkejut, Enggan Ambil Tahu Syamsul Yusof Ada Kekasih Baru – “Itu Tiada Kena-Mengena Dengan Saya”

ARTIKEL BERKAITAN: “Suami Awak Voice Note Saya, Baik Check Call Log Dia,” – Puteri Sarah Usik Fake Akaun Dipercayai Milik Ira Kazar?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 15 May 2025

Akim & The Majistret ‘Rampas’ Kuala Lumpur! Bakal Gegar Konsert Solo 28 Jun Ini

Mengambil inspirasi daripada lagu hit mereka Rampas, konsert ini bukan sekadar persembahan biasa.

LIFESTYLE Thu, 10 Jan 2019

Every Man Needs At Least One Set of Suit

As per Barney Stinson’s words, “Suit up!”

Hiburan Thu, 11 Jul 2019

Selepas Beberapa Kontroversi ‘Panas’, Beginilah Penampilan Terbaru Fathia Latiff

Nak tengok bagaimana agaknya penampilan terbaru pelakon popular Ariana Rose ni, jangan lupa klik dan baca berita okay!

Featured Wed, 18 Dec 2024

Bekas Isteri Letak Standard Terlalu Tinggi, Idzham Ismail Sukar Cari Pengganti

Idzham mudah terganggu apabila wanita yang bakal dikenalinya itu tidak mencapai ‘standard bekas isterinya.

Trending Fri, 6 Sep 2019

The Loch Ness Monster Might Not Be a Monster At All

When fable meets science, this is what we get; an explanation.

Featured Mon, 10 Nov 2025

Puteri Zarith Nafi ‘Bitter’, Enggan Terpalit Hubungan Toksik – “Malas Nak Cerita Kisah Lalu”

uteri Zarith menjelaskan bahawa dia memilih untuk tidak mengulas kisah lama demi menjaga ketenangan diri dan imej peribadi.

Hiburan Tue, 6 Aug 2019

Apa Kes Bila Yassin Ditahan Polis?

Hakim mendapati ada keraguan dalam kes.

Hiburan Tue, 6 Aug 2024

Pernah Jumpa Pakar, Sophia Albarakbah Penat Jadi Mangsa Buli Siber – “Tipulah Kalau Tak Terkesan…”

Saya harap netizen berhati-hati dalam meninggalkan komen – Sophia Albarakbah

Hiburan Mon, 6 Jan 2025
error: Content is protected !!